Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

HAKIM
Kredit: Istana Kehakiman

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 91 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab menerusi pesanan teks ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata mesej yang dimuat naik oleh anak Allahyarham, Zuliana memaklumkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi tadi.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Mohamed Eusoff berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kedua Malaysia dari September 1994 hingga Disember 2000.

-- BERNAMA

Intipati
  • Tun Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 91 tahun.
  • Berita pemergian Allahyarham disahkan Mohamad Ezri Abdul Wahab menerusi pesanan teks kepada Bernama.
  • Allahyarham berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kedua Malaysia dari 1994 hingga 2000.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan