Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Kapal Di Selat Hormuz Diserang

Selat Hormuz
Kredit: AFP

10 Kapal Di Selat Hormuz Diserang

Kira-kira 10 kapal yang berada berhampiran atau melalui Selat Hormuz diserang sejak Iran menyekat laluan air strategik itu, sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut laporan kumpulan analisis data.

Menurut AFP, serangan yang berlaku sepanjang minggu sejak perang tercetus pada 28 Februari itu hampir menjejaskan sepenuhnya trafik melalui selat tersebut, yang menjadi laluan penting bagi pengangkutan minyak dan barangan lain.

Agensi keselamatan maritim United Kingdom (UK), United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO), mengeluarkan kira-kira 10 amaran berkaitan serangan dan aktiviti mencurigakan, namun hanya mendedahkan sedikit butiran mengenai kapal yang terlibat.

Sementara itu, Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) merekodkan sembilan serangan terhadap kapal di Selat Hormuz dalam tempoh seminggu, termasuk empat insiden yang mengorbankan tujuh individu.

Menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), seorang dilaporkan terbunuh dalam setiap tiga serangan terhadap kapal Skylight, MKD Vyom dan Stena Imperative pada 2 Mac, manakala Hercules Star turut menjadi sasaran.

Iran memberi mesej bercampur

Antara 3 hingga 5 Mac, empat lagi kapal iaitu Libra Trader, Gold Oak, Safeen Prestige dan Sonangol Namibe diserang.

Manakala pada 6 Mac pula, empat orang terbunuh apabila kapal Mussafah 2 diserang.

Dalam pada itu, Indonesia memaklumkan kapal yang ciri dan kedudukan terakhirnya sepadan dengan Mussafah 2 tenggelam dua hari sebelumnya.

Tiga anak kapal warganya dilaporkan hilang, seorang terselamat cedera, manakala empat lagi terselamat daripada kewarganegaraan lain.

Firma analisis Kpler, pengendali platform MarineTraffic, menyatakan Selat Hormuz biasanya menyaksikan 20 peratus transit minyak dan gas asli cecair global, namun trafik kapal tangki di kawasan itu merosot sehingga 90 peratus dalam tempoh seminggu.

Data MarineTraffic yang dianalisis AFP menunjukkan hanya sembilan kapal komersial, termasuk kapal tangki, kargo dan kontena, dikesan melintasi selat itu sejak Isnin dengan sebahagiannya menyembunyikan kedudukan mereka.

Menurut firma keselamatan maritim Vanguard, Mussafah 2 terkena dua peluru berpandu ketika cuba membantu kapal kontena Safeen Prestige yang diserang dua hari sebelumnya.

Susulan itu, Pusat Maklumat Maritim Bersama (JMIC) memberi amaran bahawa kapal yang membantu atau menjalankan operasi menyelamat terhadap sasaran terdahulu berisiko tinggi menghadapi serangan susulan.

Iran, yang mengeksport minyak melalui Selat Hormuz memberi mesej bercampur.

Seorang jeneral Pengawal Revolusi mengancam akan 'membakar mana-mana kapal' yang cuba melintasi selat, namun Menteri Luar Abbas Araghchi menegaskan negara itu 'tiada niat' menutup laluan berkenaan.

Sumber:AFP