Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
5 Aplikasi Penjejak Lokasi Terbaik Untuk Pantau Ahli Keluarga 
Gambar AI
Tiada Kategori

5 Aplikasi Penjejak Lokasi Terbaik Untuk Pantau Ahli Keluarga 

suhaila

5 Aplikasi Penjejak Lokasi Terbaik Untuk Pantau Ahli Keluarga

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan moden yang serba pantas dan tidak menentu, kita sering kali dibayangi kebimbangan terhadap keselamatan orang tersayang.

Lebih-lebih lagi apabila mereka berada jauh dari pandangan mata. Dalam situasi ini, teknologi memainkan peranan penting sebagai alat sokongan dan antara yang paling membantu ialah aplikasi penjejak lokasi (location tracker).

Sama ada anda seorang ibu bapa yang mahu memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah, pasangan yang ingin saling mengetahui keberadaan masing-masing atau penjaga yang prihatin terhadap pergerakan warga emas, aplikasi jenis ini sangat membantu.

Ia memberikan kelebihan luar biasa dalam aspek pemantauan dan komunikasi secara masa nyata.

Tambahan pula, kebanyakan aplikasi kini direka khas untuk menyokong kedua-dua sistem operasi utama iaitu Android dan iOS menjadikannya mudah diakses merentas pelbagai jenama peranti pintar.

Dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin, anda boleh mengetahui lokasi semasa, sejarah perjalanan dan juga menerima amaran keselamatan dalam masa nyata.

Maka tidak hairanlah aplikasi penjejak lokasi semakin menjadi keperluan asas bagi mereka yang mengutamakan keselamatan dan hubungan rapat dalam keluarga.

Berikut kami kongsikan lima aplikasi penjejak lokasi yang terbaik yang boleh dimuat turun dan digunakan untuk memantau ahli keluarga secara mudah, cepat dan efektif terus dari telefon pintar anda.

1. Life360

Life360 ialah antara aplikasi penjejak lokasi paling komprehensif dan dipercayai di dunia. Ia membolehkan anda mencipta “Circle” atau kumpulan khas yang terdiri daripada ahli keluarga untuk tujuan pemantauan bersama.

Dalam kumpulan ini, semua ahli dapat berkongsi lokasi secara langsung dan melihat pergerakan masing-masing.

Aplikasi ini turut menyediakan fungsi tambahan seperti zon selamat (geofencing), butang kecemasan (SOS), pengesanan kemalangan, serta laporan sejarah pergerakan sehingga 30 hari.

Semua ciri ini disusun dalam antaramuka yang kemas dan mudah digunakan oleh semua lapisan usia. Life360 boleh digunakan pada peranti Android dan iOS dan ditawarkan dalam versi percuma.

Bagi mereka yang memerlukan fungsi tambahan seperti pelaporan lanjutan dan perlindungan keselamatan menyeluruh, langganan premium tersedia dengan harga bermula sekitar RM20 sebulan.

2. Geo Tracker – GPS Tracker

Selain itu, Geo Tracker ialah aplikasi penjejak lokasi yang direka untuk memberikan pengalaman pemantauan yang tepat dan terperinci.

Ia sangat sesuai bagi mereka yang aktif bergerak atau ingin menjejak pergerakan ahli keluarga dengan lebih teliti. Aplikasi ini membolehkan anda merekod laluan perjalanan, melihat kelajuan, altitud dan arah pergerakan secara terperinci.

Ini menjadikannya sesuai bukan sahaja untuk pemantauan keluarga malah juga untuk aktiviti luar seperti mendaki atau berbasikal. Anda juga boleh menanda lokasi tertentu dan berkongsi peta perjalanan dengan orang lain.

Geo Tracker boleh digunakan di kedua-dua platform Android dan iOS menjadikannya mudah diakses merentas pelbagai jenis peranti.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma dengan beberapa ciri tambahan yang tersedia melalui pembelian dalam aplikasi bergantung pada keperluan pengguna.

Ia merupakan pilihan ideal bagi mereka yang mengutamakan ketepatan data dan fleksibiliti dalam menjejak pergerakan.

3. iSharing

Jika anda mahukan aplikasi yang ringkas tetapi masih menyampaikan fungsi penting, iSharing adalah pilihan yang tepat.

Dengan ciri seperti penjejakan lokasi masa nyata serta notifikasi apabila seseorang keluar atau masuk ke zon tertentu, iSharing memudahkan pemantauan pergerakan ahli keluarga.

Selain itu, ia turut menyediakan fungsi komunikasi seperti walkie-talkie yang menambah lagi kecekapan dan interaksi sesama pengguna.

Aplikasi ini memberikan pengguna pengalaman pemantauan yang cekap, mudah dan mesra pengguna.

Ia juga menyimpan sejarah lokasi sehingga 90 hari. Ini menjadikan pemantauan lebih menyeluruh. iSharing menyokong peranti Android dan iOS dan boleh dimuat turun secara percuma.

Aplikasi ini juga menawarkan pelbagai pelan langganan berbayar dengan harga yang berpatutan bermula dari sekitar RM10 sebulan bergantung kepada ciri tambahan yang dipilih.

BACA : 8 Rahsia Makan Sihat Di Kedai Mamak Tanpa Rasa Bersalah

4. Glympse

Berbeza dengan aplikasi yang lain, Glympse memberi penekanan kepada perkongsian lokasi sementara. Anda boleh berkongsi lokasi anda dengan seseorang dalam tempoh masa yang tertentu tanpa perlu kedua-dua pihak mendaftar akaun.

Ia sangat sesuai digunakan untuk situasi seperti perjumpaan, perjalanan balik lewat malam atau apabila ingin memastikan seseorang tiba ke destinasi dengan selamat.

Glympse boleh digunakan di platform Android dan iOS dan ditawarkan sepenuhnya secara percuma tanpa kos langganan tersembunyi. Aplikasi ini ideal untuk mereka yang mencari fungsi lokasi ringkas tanpa komitmen jangka panjang.

5. Microsoft Family Safety

Antara lain, bagi keluarga yang menggunakan produk Microsoft, aplikasi Microsoft Family Safety adalah pelengkap yang terbaik.

Selain penjejakan lokasi, aplikasi ini turut menyediakan fungsi kawalan masa skrin, laporan aktiviti digital anak-anak dan had penggunaan peranti. Ia juga menawarkan fungsi unik seperti pemantauan pemanduan anak remaja (khusus untuk Android) termasuk maklumat seperti kelajuan, brek mengejut dan sebagainya.

Ianya sangat sesuai bagi ibu bapa yang risau tentang keselamatan di jalan raya.

Aplikasi ini tersedia untuk pengguna Android dan iOS dan boleh digunakan secara percuma. Walau bagaimanapun, akses kepada beberapa ciri lanjutan memerlukan langganan kepada pelan Microsoft 365 Family.

Oleh itu, dengan pelbagai pilihan aplikasi penjejak lokasi yang tersedia hari ini, anda boleh memilih mengikut keperluan dan gaya hidup keluarga.

Jika anda memerlukan aplikasi dengan ciri keselamatan yang lengkap, pilihan seperti Life360 dan GeoZilla amat sesuai. Namun, jika anda lebih gemar pendekatan yang ringkas dan fleksibel, Glympse mungkin lebih menepati keperluan anda.

Yang penting, aplikasi ini bukan semata-mata untuk mengawal tetapi juga sebagai alat untuk melindungi, berhubung, dan memberikan ketenangan jiwa kepada setiap ahli keluarga.

Dalam dunia yang tidak menentu, sedikit maklumat tentang keberadaan insan tersayang boleh membuat perbezaan besar.

Sumber : family1st.io, timesofindia

BACA : Bil Melambung? Ini 10 Cara Bijak Jimat Elektrik Rumah Anda