Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Jenama Paling Laris di Dunia 2025

5 jenama laris

5 Jenama Paling Laris di Dunia 2025

Pasaran kereta dalam negara Malaysia sudah bertahun-tahun didominasi oleh Proton dan Perodua yang jadi jenama paling popular.

Hari ini kita nak lihat, 5 jenama yang paling popular dan paling laris di dunia bagi tahun 2025.

5 Jenama Paling Laris

Jenama-jenama yang disenaraikan bukan sekadar satu jenama sahaja tapi termasuk dengan sub jenama- jenama yang bernaung bawah syarikat yang sama.

Stellantis

Kumpulan Automotif bawah Stellantis memegang hak bagi 14 jenama termasuk Alfa Romeo, Citroen, Peugeot dan banyak lagi.

Bagi tahun 2025, kumpulan Stellantis mencatat jualan keseluruhan sebanyak 5.8 juta unit dan jumlah itu meningkat 1.27% berbanding tahun 2024.

General Motors

Mungkin kita jarang mendengar jenama ini kerana ia berpengkalan di Amerika Syarikat dan ia juga menanung beberapa jenama seperti Chevrolet, GMC dan Cadillac.

Bagitahun 2025, jualan kumpulan GM meningkat sebanyak 3.03% iaitu 6.18 juta unit dan meletakkan mereka di tempat keempat.

Hyundai

Jenama dari Korea, Hyundai pula menghuni tangga ketiga sebagai jenama paling laris 2025 dan jenama ini tidak asing di Malaysia.

Hyundai mencatat kenaikkan jualan 0.6% berbanding tahun 2024 iaitu sebanyak 7.27 juta unit kereta dijual pada tahun 2025.

Volkswagen

Jenama ini juga sangat dikenali di Malaysia dan ia menduduki tangga kedua paling laris bersama jenama-jenama di bawahnya seperti Porsche, Audi, Skoda dan lain-lain.

Volkswagen mencatat jualan sebanyak 8.98 juta unit kenderaan bagi tahun 2025 dan ia merosot 0.51% berbanding tahun 2024.

Toyota

Juara bagi tahun 2025 adalah jenama Toyota yang juga menaung jenama-jenama seperti Lexus, Daihatsu dan Hino.

Tahun 2025, Toyota menjual 11.32 juta unit kenderaan dan ia meningkat sebanyak 4.64% berbanding tahun 2024.

Disebabkan angka itu, Toyota dinobat sebagai jenama yang paling laris dan paling popular di dunia bagi tahun 2025.

Anda rasa tahun ini jenama mana yang mampu pintas Toyota?