Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

5 ‘Racun’ Yang Mungkin Anda Sembur Setiap Hari Pada Kulit
Ramai antara kita ingin tampil segar, wangi dan yakin setiap hari.
Tanpa sedar, kita menyembur pelbagai produk ke atas kulit, dari semburan badan hingga pewangi bilik yang mungkin juga terkena kulit.
Namun, pernahkah anda terfikir apa sebenarnya yang terkandung dalam semburan harian itu?
Di sebalik bau harum dan kesan ‘segera’ yang menyenangkan, ada bahan kimia berbahaya yang mungkin sedang meresap perlahan-lahan ke dalam tubuh kita.
Justeru, hari ini SK akan bongkar lima ‘racun’ tersembunyi yang sering kita sapu atau sembur pada kulit, seperti dikongsikan oleh Pusat Racun Negara.
Phthalate adalah bahan kimia yang biasa digunakan dalam industri minyak wangi sebagai pelarut dan penstabil bau. Ia membantu minyak wangi bertahan lebih lama pada kulit dan pakaian.
Namun, beberapa jenis phthalate seperti dibutyl phthalate (DBP) dan diethylhexyl phthalate (DEHP) telah dikenal pasti sebagai pengganggu endokrin, yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.
Pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan masalah kesuburan, kerosakan hati dan buah pinggang, serta kesan negatif terhadap perkembangan janin.
Phthalates juga boleh menyebabkan reaksi alahan seperti ruam kulit, sesak nafas, dan migrain pada individu yang sensitif.
Paraben ialah bahan pengawet yang digunakan untuk mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat dalam produk kecantikan seperti losyen, syampu, dan minyak wangi.
Namun, paraben boleh menyerupai estrogen dalam badan, menyebabkan gangguan hormon yang dikaitkan dengan risiko kanser payudara dan gangguan reproduktif.
Walaupun hasil kajian masih bercampur, beberapa kajian telah menemui jejak paraben dalam tisu kanser payudara, mencetuskan kebimbangan tentang kaitan antara paraben dan kanser.
Benzene adalah sebatian organik yang digunakan sebagai pelarut dalam beberapa minyak wangi murah atau palsu. Ia juga boleh hadir sebagai bahan pencemar dalam bahan mentah yang berkualiti rendah.
Benzene adalah karsinogen yang diketahui dan dikaitkan dengan leukemia serta gangguan darah lain. Pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan sumsum tulang dan penurunan sistem imun.
Formaldehid digunakan dalam minyak wangi murah sebagai bahan pengawet dan untuk meningkatkan ketahanan bau. Ia adalah karsinogen yang dikaitkan dengan kanser hidung dan tekak.
Pendedahan boleh menyebabkan iritasi mata, hidung, dan tekak, serta alahan kulit dan serangan asma pada individu sensitif.
Jika disedut dalam kuantiti tinggi, formaldehid boleh menyebabkan kerosakan paru-paru.
Metanol sering digunakan dalam minyak wangi palsu sebagai alternatif murah kepada etanol (alkohol yang lebih selamat dalam kosmetik).
Metanol sangat toksik kerana ia akan diuraikan kepada asid formik di dalam badan, yang boleh menyebabkan kerosakan organ, buta, dan juga kematian.
1. Pilih minyak wangi daripada jenama yang dipercayai
2. Elakkan minyak wangi tiruan atau tanpa label bahan kandungan
3. Tingkatkan kesedaran mengenai potensi bahaya bahan kimia dalam produk harian dan buat pilihan yang lebih selamat.
Minyak wangi tiruan mungkin mengandungi bahan berbahaya seperti metanol, formaldehid, dan bahan kimia lain yang boleh mendatangkan risiko kesihatan.
Ini termasuk iritasi kulit, gangguan pernafasan, reaksi alahan, dan kesan toksik yang lebih serius.
Walaupun tidak semua minyak wangi tiruan mengandungi bahan-bahan ini, ketiadaan kawalan kualiti dan pematuhan terhadap piawaian keselamatan meningkatkan risiko pendedahan kepada bahan kimia berbahaya.
Ingat, lebih baik mencegah daripada mengubati. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Lelaki ‘Meremang’ Kongsi Keajaiban Di Tanah Suci
BACA: Rugi Tak Tahu, Kita Boleh ‘Claim’ Duit Sebelum Balik Melancong Dari Thailand
BACA: Ramai Ambil Mudah, Tak Tutup Kemas Penutup Radiator Boleh Buat Rugi Beribu
Sumber: Pusat Racun Negara