Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

6 Negeri, 3 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 3 petang ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, seluruh kawasan Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Baling dan Kulim. Manakala di Perak pula termasuk Kuala Kangsar, Muallim, Perak Tengah, Hilir Perak, Selama, Hulu Perak, Larut Matang, Kerian, Manjung dan Bagan Datuk.

Negeri Sembilan pula termasuk daerah Port Dickson, Seremban, Rembau dan Jelebu

“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan diramal hujan seperti Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi), Mukah (Matu dan Daro).

“Bagi Sabah pula hanya di (Kuala Penyu),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 3 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi enam negeri serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan