Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

8 Negeri Diramal Alami Hujan Berterusan ‘Tahap Waspada’ Hingga Jumaat Ini

Iqbal Yasir
negeri hujan berterusan
Gambar: Bernama

8 Negeri Diramal Alami Hujan Berterusan ‘Tahap Waspada’ Hingga Jumaat Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan ‘Tahap Waspada’ di lapan negeri hingga 29 November (Jumaat) ini.

Negeri tersebut adalah, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Amaran Hujan Berterusan Hingga Jumaat

Dalam kenyataan tersebut, beberapa daerah di empat negeri termasuk ke seluruh negeri Terengganu diramal mengalami cuaca buruk itu hingga Jumaat ini.

“Di Kelantan daerah yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Sementara itu, Sabah pula di kawasan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.

Amaran Hujan Berterusan Dari Selasa Hingga Jumaat

Dalam pada itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, termasuk seluruh negeri Perlis dan Johor diramal mengalami hujan lebat bermula 26 November hingga 29 November ini.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Manakala Perak hanya membabitkan daerah Hulu Perak.

“Di Kelantan, daerah Gua Musang diramal mengalami hujan berterusan dalam tempoh empat hari itu.

“Selain itu, beberapa daerah di Pahang juga tidak terkecuali seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera,” maklum METMalaysia lagi.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: “Jika kami kalah lagi, Liverpool juara EPL” – Pep

BACA: Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

BACA: Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda