Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Beberapa Kawasan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sabah pada hari ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di keluarkan di kawasan seperti Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Tahap Waspada
Manakala di amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Kudat (Kudat).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut