Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri

Amaran Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal berlaku di tujuh negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata amaran hujan lebat itu melibatkan negeri Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.

Bagi negeri Kelantan, ia membabitkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Manakala di Terengganu pula hanya daerah Kemaman yang terlibat.

Di Pahang, hujan lebat diramal berlaku di Lipis dan Jerantut.

Keadaan cuaca buruk itu juga dijangka berlaku di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di negeri Johor.

Beralih ke Sarawak, hujan diramal di Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan), Sibu (Kanowit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang (Lawas).

Begitu juga di daerah Pedalaman (Sipitang) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) di Sabah.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.