Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan seluruh kawasan di Pulau Pinang.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Bandar Baharu, Kulim, Baling dan Sik. Manakala di Perak pula hanya Kerian, Larut Matang, Selama dan Hulu Perak.
"Selain itu, di Terengganu pula di Dungun dan Kemaman dan Kelantan hanya di daerah Jeli.
"Beberapa daerah di Pahang juga dijangka hujan seperti Jerantut, Pekan, Kuantan, Temerloh dan Bentong.
"Beralih ke Johor pula seperti Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan