Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggap Tak Normal, Lelaki Tinggalkan Isteri Selepas Bersalin Kembar Kali Kelima

Nur Syahirah Zainoor Hisham
lelaki isteri kembar lima
Kredit: NTV Mwasuze Mutya

Anggap Tak Normal, Lelaki Tinggalkan Isteri Selepas Bersalin Kembar Kali Kelima

Kelahiran cahaya mata yang sepatutnya menjadi berita yang diraikan berakhir dengan air mata buat wanita ini apabila ditinggalkan suaminya, lapor The Mirror UK.

Wanita itu sebelumnya melahirkan anak kembar iaitu kembar kelima mereka, namun anugerah itu dianggap sebagai tidak normal oleh suaminya hingga menyebabkan lelaki berkenaan bertindak meninggalkan isteri dan kesemua 10 orang anaknya.

Kredit: NTV Mwasuze Mutya

Tindak lelaki berkaan dipercayai kerana tidak sanggup berdepan dengan tekanan kos sara hidup yang perlu digalas untuk menyara keluarga besar tersebut.

Maka tidak hairanlah, si suami dikatakan tergamak meninggalkan darah-dagingnya sendiri begitu sahaja tanpa menyediakan keperluan asas yang cukup seperti tempat tinggal yang lebih selesa.

“Semasa saya hamil, lelaki ini tergamak untuk mengatakan bahawa ini terlalu berat untuknya dan menyuruh saya untuk pulang rumah ibu bapa saya.

Kredit: NTV Mwasuze Mutya

“Saya tidak pernah menyesal ketika melahirkan anak-anak saya. Saya tahu bahawa bapanya tidak sukakan mereka dan saya tidak boleh meninggalkan mereka di tempat bapanya,” ujar wanita berkenaan ketika ditemu bual NTV Mwasuze Mutya.

Kredit: NTV Mwasuze Mutya

Dia juga berikrar untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan dan membesarkan anak mereka dengan sebaiknya.

“Walaupun menghadapi rintangan, Saya tidak akan mengabaikan anak-anak saya. Saya tahu Tuhan akan sentiasa memberi pertolongan.

“Saya sudah berserah kepada Tuhan. Saya menanggung sengsara ini tetapi Tuhan lebih mengetahui,” katanya lagi.

Ibu malang ini juga memberitahu, anak-anaknya yang sudah dewasa sudah meninggalkan tempat kediaman mereka dan keberadaan mereka tidak dapat dikesan.

Situasi ini menjadi lebih getir apabila dia terpaksa untuk mencari rumah baharu kerana tuan rumahnya tidak mahu melihat mereka bersama barang-barangnya lagi. Hal ini disebabkan kegagalan Nalongo untuk membayar sewa rumah yang tertunggak sewaktu arahan perintah berkurung yang dilaksanakan di negaranya.

Tunggakan sewa rumahnya terus meningkat dan dia terpaksa mencari tempat lain untuk bertahan bersama anak-anaknya yang masih kecil.

BACA: Langgar Hukum Alam, Aiskrim Ini Tak Cair Walau Diletak Bawah Suhu Lebih 30°C

Sumber: Daily Star