Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Arab Saudi Rekod Lebih 1,700 Penemuan Arkeologi, Termasuk Ukiran Batu Tertera Nama Umar Al-Khattab

Sofea
Arab Saudi
Kredit: X @MOCHeritage

Arab Saudi Rekod Lebih 1,700 Penemuan Arkeologi, Termasuk Ukiran Batu Tertera Nama Umar Al-Khattab

Suruhanjaya Warisan Arab Saudi sebanyak 1,774 penemuan arkeologi di tiga kawasan tinjauan di wilayah Al-Mahd, Madinah, dengan mendokumentasikan jejak tamadun terdahulu yang mencerminkan sejarah sejak zaman awal penubuhan negara Islam.

Memetik Arab News, tinjauan itu dilakukan di tiga kawasan iaitu Al-Suwayriqiyah, Al-Muwayhiyah dan Hadhah.

Setiap lokasi berkenaan menyimpan kesan kewujudan manusia yang kekal terpelihara meskipun telah melalui peredaran zaman.

Tinjauan tersebut turut merekodkan 156 tapak arkeologi baharu yang merangkumi 461 inskripsi Islam, 34 inskripsi Thamudik, 1,259 panel seni batu, 11 struktur batu, tiga istana bersejarah, dua laluan kafilah dan empat telaga.

Antara penemuan paling penting ialah inskripsi batu yang tertera nama Umar ibn Al-Khattab, selain puisi Arab yang diukir pada permukaan batu.

Penemuan itu meningkatkan lagi nilai budaya dan sejarah kawasan berkenaan.

Suruhanjaya tersebut menegaskan komitmennya untuk meneruskan program tinjauan dan dokumentasi di seluruh negara bagi menyokong matlamat Wawasan Saudi 2030 dalam memelihara warisan budaya di seluruh kerajaan itu.

Kredit: X @MOCHeritage

Minggu lalu, suruhanjaya berkenaan turut menyelesaikan musim pertama misi saintifik bersama Universiti Exeter di tapak Miqat Al-Juhfah purba.

Misi tersebut menemukan lebih 1,700 artifak dan mengesahkan kepentingan lokasi itu di sepanjang laluan haji dari Mesir.

Penemuan berkenaan termasuk pelbagai serpihan barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian, enam relau tembikar, sebuah saluran air yang dipercayai digunakan untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan pengembara, serta 13 batu nisan yang berasal dari zaman pemerintahan Umaiyah dan Abbasiyah.

Sebahagian penemuan itu berasal dari rantau Levant, Mesir dan Ethiopia, sekali gus mencerminkan kepelbagaian latar belakang jemaah haji yang pernah melalui kawasan miqat tersebut.

Kredit: X @MOCHeritage

Miqat Al-Juhfah terletak kira-kira 187 kilometer di barat laut Makkah dan telah menjadi lokasi miqat yang ditetapkan sejak zaman awal Islam serta dikaitkan dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Kawasan itu dipercayai berkembang pesat pada abad kedua Hijrah, dengan kemudahan bekalan air dan kedai-kedai yang pernah menyediakan perkhidmatan kepada jemaah haji.