Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
as pulangkan duit 1mdb
Gambar: Bernama

AS Pulangkan RM721.4 Juta Berkaitan 1MDB Kepada Malaysia – Kedutaan

Azizah Najib

AS Pulangkan RM721.4 Juta Berkaitan 1MDB Kepada Malaysia – Kedutaan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan kira-kira US$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia. Ia juga transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara itu disahkan oleh Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun, 2024. Dana itu telah dipulangkan susulan petisyen dikemukakan oleh kerajaan dan diluluskan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Dalam satu kenyataan, kedutaan itu menyatakan menerusi pindahan dana itu, AS telah mendapatkan, dan membantu memperoleh semula serta memulangkan kira-kira US$1.4 bilion (RM6.6 bilion) dana yang diselewengkan dari Malaysia, setakat ini.

“Kami gembira kerana tranche aset keempat daripada siasatan Jabatan Kehakiman ini dalam proses dipulangkan kepada Malaysia.

“Jumlah wang yang besar ini akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima sepatutnya dan akhirnya dapat dimanfaatkan bagi tujuan asal demi meningkatkan kehidupan seharian rakyat Malaysia,” kata Edgard.

Menurut kedutaan AS, sebagaimana didakwa dalam aduan, pihak yang terbabit dalam penyelewengan itu yang turut merangkumi pegawai di IMDB. Saudara-mara mereka serta rakan lain turut telah menyeleweng dana IMDB berjumlah melebihi US$4.5 bilion.

BACA: Kes 1MDB Najib: Pendakwaan Tutup Kes Selepas 235 Hari Perbicaraan

Perbuatan itu dilakukan menerusi beberapa siri transaksi yang kompleks dan penglibatan syarikat ‘shell’ mencurigakan atau hanya wujud di atas kertas dengan akaun bank di AS dan luar negara menggunakan dokumen serta representasi palsu.

“Kesemua transaksi ini didakwa bertujuan menyembunyikan sumber, asal serta pemilikan dana yang akhirnya melalui institusi kewangan AS. Ia kemudian diselewengkan bagi memperoleh selain melabur dalam aset di AS dan di luar negara,” katanya.

Kedutaan AS turut menegaskan bahawa kerajaan negara itu kekal komited dalam usaha mendapatkan semula dan memulangkan dana yang dicuri daripada IMDB demi manfaat rakyat Malaysia.

Sumber: Bernama

BACA: Ini 4 Tanda “Wiper” Kereta Sudah Rosak & Perlu Ditukar

BACA: Tersilap Label Sabah & Sarawak Dalam Peta, Proton Mohon Maaf