Siakap Keli
wiper kereta rosak

Ini 4 Tanda “Wiper” Kereta Sudah Rosak & Perlu Ditukar

Ini 4 Tanda “Wiper” Kereta Sudah Rosak & Perlu Ditukar

Keadaan pengelap cermin depan atau wiper yang baik amat penting bagi menjamin keselamatan pemanduan. Pengelap ini berfungsi untuk membersihkan cermin depan kenderaan dari sebarang kekotoran, habuk, air hujan atau ketika cermin berkabus.

Wiper yang rosak jika tidak ditukar dengan segera boleh mengundang kemalangan jalan raya. Pemandu juga berisiko membahayakan pengguna jalan raya yang lain jika pandangan tidak jelas ketika pemanduan.

Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, pemandu bertanggungjawab memeriksa keadaan wiper dari semasa ke semasa.

BACA: Perlu Ke Angkat “Wiper” Bila Parkir Kereta? Ini Yang Anda Kena Tahu

Jadi, apakah tanda-tanda yang perlu diperhatikan oleh pemandu untuk memastikan sudah tiba masanya wiper kereta perlu diganti?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian bengkel kereta Altimat Auto Garage di bawah.

Tanda-tanda wiper rosak

Menerusi video yang dikongsikan, terdapat empat tanda-tanda wiper anda rosak.

Berlaku skipping

Tanda rosak ini boleh dilihat apabila wiper dihidupkan, proses mengelap tidak berjalan dengan lancar dan berlaku gegaran atau skipping pada wiper.

tanda wiper rosak 1
Berlaku gegaran atau lompatan wiper. Kredit Altimat Auto Garage.

Berlaku splitting

Jangan pandang enteng jika wiper meninggalkan kesan seretan yang berlaku akibat getah wiper anda terbelah atau dipanggil splitting, itu menandakan wiper kereta rosak dan perlu ditukar.

Kesan yang ditinggalkan ini boleh menyebabkan pandangan anda menjadi kabur ketika pemanduan terutamanya jika berlaku hujan lebat.

tanda wiper rosak 2
Kesan seretan yang terpecah pada cermin ketika menggunakan wiper. Kredit Altimat Auto Garage.

Berlaku streaking

Streaking atau kesan coretan air tertinggal apabila getah wiper yang mengeras adalah tanda wiper kereta telah rosak dan tidak lagi berkesan untuk mengelap keseluruhan air.

ada coretan wiper
Kesan pecah pada cermin ketika menggunakan wiper. Kredit Altimat Auto Garage.

Berlaku squeaking

Tanda paling ketara wiper rosak apabila keluar bunyi berkeriut atau squeaking. Keadaan ini menandakan getah telah haus dan berkemungkinan tidak menyentuh cermin kereta sepenuhnya.

Namun, kadang-kala keadaan ini turut berlaku jika terdapat terlalu banyak habuk dan debu yang terkumpul di wiper.

keluar bunyi masa wipe
Keluar bunyi ketika menggunakan wiper. Kredit Altimat Auto Garage.

“Empat tanda ini penting untuk anda sebenarnya sebab nak jaga cermin anda ini,” pesan Altimat Auto Garage.

Semoga bermanfaat!

@altimatautogarage

Tanda-tanda wiper kereta korang dah rosak dan perlu ditukar! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretakuang #bengkelsungaibuloh #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Sumber: TikTok Altimat Auto Garage

BACA: Jangan Biar Sampai Haus, Ini Tips Periksa “Brake Pad” Kereta

BACA: Kereta Tak Hidup? Mekanik Dedah Ini Beza Antara Masalah Bateri Dengan “Starter”

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.