Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Berair Hidung Makan”, Khairul Aming Kongsi Resipi Nasi Goreng Kampung
Nasi goreng kampung adalah hidangan yang sering menjadi pilihan orang ramai ketika berkunjung di restoran.
Ia adalah masakan terkenal dan boleh dikatakan juga sebagai ‘hidangan penyelamat’ buat mereka yang keliru ketika membuat pesanan di kedai makan.
Biarpun nasi goreng kampung merupakan hidangan mudah untuk dimasak, tetapi sekiranya resipi itu diolah menggunakan bahan tambahan, rasanya pasti akan lebih memikat selera.
Misalnya seperti yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial yang sinonim dengan slogan ‘Hey whatsup guys’, iaitu Khairul Aming (KA).
Hari ini, selebriti Internet yang berusia 30 tahun itu berkongsi kepada umum berkenaan resipi nasi goreng kampung yang mempunyai tambahan pedas dan belacan.
Jelasnya, dia mahu memasak hidangan itu kerana dirinya teringin untuk menjamah masakan tersebut.
Pun begitu, resipinya kali ini adalah berlainan daripada yang lain, susulan dia mahu masakan itu mempunyai rasa yang kick berbanding biasa.
“Akan rasa kick pedas, kick belacan, campur dengan telur yang creamy itu fuh sangat sedap,” tambahnya.
Mari ikuti resipi itu di bawah ini.
BACA: Terus Mendunia, Khairul Aming Sebak Video Masakan Dapat Pujian Gordon Ramsay
Bahan-bahan yang diperlukan:
A. Bahan yang ditumbuk sekali

Dua ulas bawang putih
Separuh biji bawang merah
Segenggam kecil ikan bilis
Belacan yang dah dibakar
B. Bahan yang tidak ditumbuk
Setengah sudu sos tiram
Setengah sudu kicap manis
Setengah sudu sos ikan
Telur
Ikan bilis
Cili padi
Kangkung
Pertama sekali, goreng telur mata. Pastikan telur itu garing di bawah dan lembik di bahagian atas.

Yang kedua, ialah goreng ikan bilis dan letakkan di tepi.

Setelah itu, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sebentar tadi dan masukkan lauk seperti ayam atau makanan laut.
Tambahkan nasi putih, kemudian letak setengah sudu sos tiram, kicap manis dan sos ikan.

Gaul sebati dan selepas itu masukkan cili padi yang ditumbuk dan baru masukkan kangkung.
Yang terakhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng dan siap dimasak!

Nota kaki: Sekiranya mahu melaraskan perasa, ia boleh dilakukan mengikut selera masing-masing.
Selamat mencuba!
Sumber: @khairulaming/Twitter