Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa Skim Kemalangan Bencana Bukan Pekerjaan (Lindung 24 Jam) bakal dikuatkuasakan bermula Jun 2026.
Pelaksanaan ini bertujuan memperluas perlindungan sosial kepada pekerja di seluruh negara.
Skim ini diperkenalkan bagi memberi perlindungan tambahan kepada pekerja sepanjang masa, termasuk kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja.
Dalam masa yang sama, skim ini meliputi kejadian yang tidak berkaitan secara langsung dengan tugasan pekerjaan.
Berikutan itu, mungkin ramai tertanya-tanya kadar potongan gaji bagi skim ini yang bakal bermula tidak lama lagi.
Berikut min kongsikan dengan pembaca kadar potongan gaji yang telah ditetapkan.
Berdasarkan maklumat yang dikongsi menerusi laman sesawang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), skim ini melibatkan caruman daripada pekerja dan majikan.
Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa berikut.
0.75% untuk dua tahun pertama
1.0% untuk tiga tahun berikutnya
1.25% bermula tahun keenam dan seterusnya
Caruman ini ditanggung sepenuhnya oleh pekerja mengikut kadar yang ditetapkan.
Susulan itu, pekerja akan melihat berlaku sedikit peningkatan pada potongan gaji di bahagian caruman Perkeso.
Hal ini kerana skim Lindung 24 Jam merupakan perlindungan tambahan yang baharu dan bukan menggantikan skim sedia ada.
Selain pekerja, pihak majikan juga terlibat dalam pembayaran caruman skim ini selama pekerja tersebut masih bekerja di syarikat berkenaan.
Skim ini diperkenalkan untuk memberi perlindungan sepanjang masa kepada pekerja yang layak. Ia merangkumi perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja.
Antara kelebihan skim ini termasuk perlindungan bagi kemalangan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan dengan tempoh perlindungan selama 24 jam sehari.
Tambahan lagi, pihak Perkeso akan membiayai kos rawatan perubatan, jika ada.
Sebagai pengetahuan, takrif ‘bukan bencana kerja’ merujuk kepada kecederaan yang berlaku bukan semasa menjalankan tugas rasmi.
Kecederaan tersebut juga tidak berpunca daripada aktiviti kerja dalam sesuatu perusahaan.
Walaupun skim ini memberi perlindungan luas, terdapat beberapa keadaan yang tidak termasuk dalam perlindungan.
Antara kes yang tidak dilindungi termasuk kemalangan yang berlaku di luar Malaysia dan Pekerja asing yang melanggar syarat pas atau permit sah.
Begitu juga Bencana pekerjaan di bawah akta berkaitan atau bencana domestik di bawah Akta 838.
Selain itu, keadaan yang disebabkan penyakit seperti kencing manis, demam dan darah tinggi juga tidak termasuk dalam perlindungan skim ini.
Dengan pelaksanaan bermula Jun 2026, skim Lindung 24 Jam dijangka memberi perlindungan tambahan kepada pekerja sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, pengenalan kepada skim ini menunjukkan bahawa perlindungan pekerja kini tidak terhad kepada waktu bekerja sahaja.
Malah, kemalangan di luar waktu kerja turut diberi perhatian melalui skim ini.
Walaupun potongan gaji mungkin meningkat sedikit, skim ini diwujudkan sebagai perlindungan tambahan bagi aspek kebajikan pekerja.