Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila Waktu Sesuai Bahagian Kereta Anda Perlu Ditukar? Ini Jawapannya
Umum mengetahui bahawa kereta merupakan salah satu kenderaan yang sekurang-kurangnya dimiliki bagi setiap isi rumah. Bukan itu sahaja, ia juga mampu memudahkan perjalanan setiap orang ke mana-mana sahaja.
Namun, bercakap mengenai kereta, mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai komponen dalaman kereta masing-masing.
Malah, mungkin ada juga yang tidak mengambil cakna tentang keadaaan beberapa komponen kereta mereka.
Sebagai contoh, mungkin tidak ramai yang tahu saiz tayar yang digunakan, jenis bateri yang digunakan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, bila berlaku sahaja kerosakan, ada yang mula panik kerana tidak tahu punca sebenar kerosakan tersebut berlaku.
Sebelum itu, adakah anda tahu bahawa sebenarnya, setiap komponen kereta kita perlu ditukar bagi mengelakkan berlaku masalah lain?
Hari ini, SK akan kongsikan bila waktu yang sesuai untuk anda tukar bahagian-bahagian dan kompnen kereta anda. Ikuti perkongsian dari ZAM Auto Accessories di bawah ini.
Minyak enjin

Minyak enjin kena tukar setiap 5,000 hingga 10,000 km. Benda ni penting sebab kalau lama tak tukar, enjin boleh jadi berat dan cepat panas. Bila minyak dah kotor, pelinciran tak bagus dan boleh buat komponen cepat haus.
Penapis minyak
Penapis minyak pula tukar sekali dengan minyak enjin. Fungsinya tapis segala kotoran dalam minyak. Kalau dibiarkan lama, minyak kotor akan pusing balik dalam enjin dan ganggu prestasi kereta.
Penapis udara

Penapis udara kena tukar setiap 15,000 hingga 20,000 km. Bila dah terlalu kotor, udara susah masuk dan boleh buat enjin semput masa tekan minyak. Tukar baru, barulah enjin bernafas elok.
Penapis petrol
Ia perlu ditukar setiap 30,000 hingga 40,000 km. Ia tapis kekotoran dari tangki sebelum masuk ke enjin. Kalau tersumbat, enjin boleh hilang kuasa dan penggunaan minyak pun jadi tinggi.
Penapis kabin
Setiap 15,000 hingga 25,000 km sekali. Ia berfungsi untuk menjaga udara supaya tidak berhabuk atau berbau. Kalau tak tukar, penghawa dingin pun jadi lemah.
Pad brek

Pad brek kena ganti setiap 30,000 hingga 50,000 km. Kalau dah haus, bunyi geseran pun keluar dan brek jadi tak makan. Bahaya kalau dibiarkan.
Cakera brek
Cakera brek pula tahan lama sikit, 70,000 hingga 100,000 km. Tapi kalau selalu brek mengejut, cepat juga haus. Periksa masa servis.
Palam pencucuh (spark plug)

Ini perlu ditukar selepas 30,000 hingga 60,000 km. Bila dah lemah, enjin susah nak hidup dan pembakaran tak sempurna.
Bateri

Bateri biasanya tahan antara 3 hingga 5 tahun. Tanda bateri lemah termasuk enjin sukar dihidupkan atau lampu kenderaan menjadi malap.
Cecair penyejuk (coolant)
Cecair ini perlu ditukar setiap dua tahun atau setiap 40,000 kilometer. Ia berfungsi untuk mengekalkan suhu enjin supaya tidak terlalu panas.
Sekiranya hanya menggunakan air biasa, karat boleh masuk ke dalam sistem.
Minyak transmisi
Minyak transmisi disarankan ditukar setiap 50,000 hingga 100,000 kilometer. Jika sudah lama digunakan, peralihan gear menjadi kurang lancar dan boleh terasa hentakan semasa menukar gear.
Tali sawat pemasaan (timing belt)
Ia perlu diganti setiap 80,000 hingga 100,000 kilometer. Sekiranya putus semasa pemanduan, enjin boleh mengalami kerosakan serius.
Tayar

Tayar pula kena tukar 40,000 hingga 60,000 km bergantung cara pemanduan. Bila bunga tayar dah nipis, cengkaman berkurang dan bahaya masa hujan.
Lampu

Lampu depan dan mentol kena periksa selalu. Tukar bila nampak malap atau terbakar kerana pandangan malam bergantung pada ni.
Penyerap hentakan (suspension)

Akhir sekali, penyerap hentakan (suspension) disarankan untuk diganti setiap 80,000 hingga 100,000 kilometer. Apabila komponennya mulai lemah, kenderaan akan terasa melantun ketika melalui jalan tidak rata, selain menyebabkan tayar cepat haus.