Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bintang Duck Dynasty, Phil Robertson Meninggal Dunia

Azizah Najib
phil robertson
Kredit: AFP

Bintang siri Duck Dynasty, Phil Robertson, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Memetik The Hollywood Reporter, berita duka itu telah dimaklumkan oleh menantu Robertson di Facebook pada Ahad.

“Phil Robertson telah meninggal dunia, terima kasih atas kasih sayang dan doa yang diberikan selama ini.

“Kami tahu ramai di antara anda yang menyayanginya dan terkesan dengan berita ini. Kami sedang menguruskan proses pengebumian dan akan mengumumkan butiran mengenainya nanti,” kata Korie Robertson di Facebook.

Butiran mengenai punca kematian tidak dikongsikan namun keluarganya sebelum ini pernah mendedahkan bahawa mendiang disahkan menghidap penyakit Alzheimer dan penyakit darah.

BACA: Pelakon “Killers of the Flower Moon”, Samuel French Meninggal Dunia

“Menurut doktor, Phil mempunyai sejenis penyakit darah yang menimbulkan pelbagai masalah,” kata anaknya, Jase Robertson.

Untuk pengetahuan, Duck Dynasty merupakan rancangan realiti yang ditayangkan pada 2012 hingga 2017. Ia memaparkan mengenai keluarga Robertson yang berpangkalan di Louisiana.

Rancangan ini berlangsung selama 11 musim dan menaikkan nama keluarga Robertson.

Populariti rancangan itu mewujudkan pelbagai spin-off, termasuk Jep & Jessica: Growing the Dynasty, At Home with the Robertsons dan Duck Family Treasure.

Januari lalu, syarikat penyiaran A&E mengesahkan bahawa Duck Dynasty: The Revival akan disiarkan pada musim panas ini.

Sumber: The Hollywood Reporter

BACA JUGA: Pelakon Popular, Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia