Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Black Seadevil” Dikesan Berenang Berhampiran Permukaan Laut

Hannah
Black Seadevil
Gambar: David Jara Boguna/Condrik Tenerife via Storyful

“Black Seadevil” Dikesan Berenang Berhampiran Permukaan Laut

Kepulauan Canary menjadi tumpuan baru-baru ini kerana penemuan spesies ikan laut dalam yang sangat jarang ditemui.

Ikan tersebut dikenali sebagai “black seadevil” atau nama saintifiknya “Melanocetus johnsonii”, yang dikesan berenang berhampiran permukaan laut.

Penemuan luar biasa ini didokumentasikan oleh Condrik Tenerife, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dari Sepanyol yang menjalankan kajian mengenai jerung dan pari di Kepulauan Canary.

Dokumentasi tersebut turut melibatkan jurufoto marin, David Jara Borguña.

Menurut Condrik Tenerife, ikan “black seadevil” lazimnya hidup pada kedalaman antara 200 hingga 2,000 meter di bawah permukaan laut.

Kawasan ini dikenali sebagai Zon Bathypelagic atau “zon malam”.

Di zon ini, suhu air kekal sekitar empat darjah Celsius kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi kedalaman tersebut.

Tekanan air pula boleh mencecah lebih 5,850 paun setiap inci persegi.

Penampakan ikan ini di perairan cetek mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyelidik.

Mereka menyatakan bahawa rekod terdahulu kebanyakannya melibatkan larva, bangkai ikan dewasa atau penemuan oleh kapal selam semasa ekspedisi saintifik laut dalam.

Dalam hantaran media sosial, pasukan Condrik Tenerife menyifatkan penemuan ini sebagai sesuatu yang akan “diingati selama-lamanya”.

Ciri unik “Black Seadevil”

Hanya ikan betina spesies ini memiliki ciri khas iaitu lampu bioluminesen yang terletak di hadapan wajah mereka.

Lampu ini digunakan untuk ‘memikat’ mangsa di habitat laut dalam yang gelap gelita.

Menurut Muzium Sejarah Alam Smithsonian, lampu bioluminesen tersebut merupakan salah satu sumber cahaya yang jarang ditemui di perairan dalam dan menjadi alat utama untuk menangkap mangsa.

BACA: Elon Musk Minat Beli OpenAI, Respon Sam Altman Jadi Tumpuan

BACA: Trump Cadang Gencatan Senjata Gaza Dibatalkan Sabtu Ini

BACA: Tentera Israel ‘Berundur’ Dari Koridor Netzarim Di Gaza

Sumber: New York Post