Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bomba Terbangkan Bayi Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

Nurhanis
bomba bayi orang asli
Kredit: BERNAMA

Bomba Terbangkan Bayi Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

GUA MUSANG, 15 Mac (Bernama) — Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi perempuan Orang Asli yang mengalami demam dan bernafas laju dari Pos Simpor ke Hospital Gua Musang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata Masariani Rosli, berusia lapan bulan yang dalam keadaan lemah dan pucat dipangku ibunya, Hamisa Ohsin, 23, menaiki pesawat jenis Agusta Westland 139.

Pesawat berlepas dari Kerteh, Terengganu kerana menjalani latihan pada pagi semalam dan berlepas ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 2.15 petang setelah mendapat arahan memindahkan bayi terbabit yang dilaporkan sakit sejak dua hari lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesawat terlebih dahulu tiba di BBP Gua Musang pada 3.11 petang bagi mengambil seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum meneruskan penerbangan ke Pos Simpor.

“Pesawat tiba di Pos Simpor pada 3.20 petang dan kembali ke BBP Gua Musang pada 3.48 petang bersama pesakit dan seterusnya dibawa ke Hospital Gua Musang dengan menggunakan ambulans KKM yang sudah menanti di BBP Gua Musang,” katanya.

Menurut Muhammad Akmaluddin operasi melibatkan empat kru dengan diketuai Timbalan Penguasa Bomba II Sharizal Sahari berlepas pulang ke Pangkalan Udara Wilayah Utara pada 3.49 petang.

“Operasi memakan masa selama dua jam 42 minit dan tamat sepenuhnya pada 4.44 petang setibanya di Pulau Pinang,” katanya.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Tiga calon SPM orang asli Mersing diterbangkan untuk hadiri pemeriksaan

Tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Orang Asli Punan dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar di sini menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam, untuk menghadiri peperiksaan berkenaan.

Pemangku Pengarah JBPM Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata Norfaizal Selamat, Jefzulkiflie Addy dan Christie Maurinissca Clay masing-masing berusia 18 tahun dan merupakan Orang Asli Suku Jakun itu dibawa menaiki helikopter jenis Agusta Westland AW189.

Beliau berkata difahamkan ketiga-tiga calon itu sepatutnya hadir ujian amali sains SPM pada Isnin lepas (30 Jan), namun terpaksa ditangguhkan berikutan jalan raya yang menghubungkan kawasan penempatan mereka masih ditenggelami air.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tiga Calon SPM Orang Asli Mersing Diterbangkan Untuk Hadiri Pemeriksaan