Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Budak 10 Tahun Rayu Pluto Dijadikan Planet Semula, Ini Respons NASA

NASA
Kredit: NASA Science

Budak 10 Tahun Rayu Pluto Dijadikan Planet Semula, Ini Respons NASA

Dalam perkembangan dunia sains dan teknologi, isu-isu berkaitan angkasa lepas sering menjadi perhatian ramai kerana ia berkait rapat dengan usaha manusia memahami alam semesta yang luas dan kompleks.

Bidang astronomi terus berkembang seiring dengan penemuan baharu yang mencetuskan pelbagai perbincangan dalam kalangan masyarakat.

Salah satu topik yang kerap menjadi perhatian ialah Pluto, sebuah objek dalam sistem suria yang sering dibincangkan dalam konteks klasifikasi dan ciri-ciri objek angkasa.

Pluto diklasifikasikan sebagai planet kesembilan sebelum diturunkan statusnya kepada planet kerdil pada tahun 2006 oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).

Tambah IAU, Pluto hanya dikategorikan sebagai planet kerdil kerana tidak mencukupi kriteria sebuah planet.

Kriteria yang diperlukan untuk mengiktiraf sesebuah bintang itu sebagai planet termasuklah objek yang cukup besar untuk mengorbit (mengelilingi) matahari, bulat (sfera) dan membersihkan serpihan atau objek berdekatan.

Bagaimanapun, Pluto hanya mempunyai memiliki ciri sfera sahaja yang menyebabkanya ditolak daripada menjadi sebuah planet.

Perbincangan mengenainya bukan sahaja berlaku dalam kalangan saintis, tetapi turut menarik minat umum.

Perkembangan terkini dalam dunia astronomi juga sering mencetuskan reaksi dan perbualan global.

Ini menunjukkan bagaimana sesuatu isu berkaitan angkasa lepas mampu mendapat perhatian meluas merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami Sedang Meneliti Perkara Ini” – NASA Administrator, Jared Isaacman Balas Surat Comel Kanak-Kanak 10 Tahun Tentang Pluto

Kredit: @Mike's Weather Page via X

Sebuah surat ringkas tetapi penuh emosi daripada seorang kanak kanak perempuan berusia 10 tahun bernama Kaela kepada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mencuri perhatian ramai di media sosial apabila ia mendapat respons terus daripada NASA Administrator, Jared Isaacman.

Surat itu menjadi tular kerana menunjukkan bagaimana rasa ingin tahu seorang kanak kanak boleh sampai kepada agensi angkasa terbesar dunia.

Dalam surat tersebut Kaela meluahkan harapan agar Pluto dijadikan semula planet sambil berkongsi beberapa fakta asas tentang objek angkasa itu.

Antara fakta tersebut ialah kedudukannya di Kuiper Belt, penemuannya pada tahun 1930 oleh Clyde Tombaugh serta statusnya sebagai planet kerdil.

Apa yang lebih mencuri perhatian ialah balasan ringkas tetapi bermakna daripada Jared Isaacman sendiri.

“Kaela – Kami sedang meneliti perkara ini” katanya.

Kredit: NASA Administrator @Jared Isaacman via X

Perkongsian ini dengan cepat menjadi tular kerana ia menyentuh sisi emosi masyarakat terutama bagaimana minat terhadap sains boleh bermula daripada persoalan kecil seorang kanak kanak.

Ramai netizen turut meninggalkan komen positif mengatakan bahawa rasa ingin tahu seperti Kaela adalah asas kepada masa depan penerokaan angkasa lepas.

Walaupun status Pluto sebagai planet masih kekal sebagai planet kerdil mengikut definisi rasmi astronomi, kisah ini berjaya menghidupkan semula perbincangan lama dalam kalangan orang ramai tentang kedudukan Pluto dalam sistem suria.

Namun bagi Kaela, paling penting bukanlah definisinya tetapi peluang untuk didengar oleh agensi angkasa terbesar dunia.

Kisah ini menunjukkan bahawa rasa ingin tahu yang tulus daripada seorang kanak kanak bukan sahaja wajar dihargai, malah mampu menjadi jambatan yang menghubungkan generasi muda dengan dunia sains dan agensi besar seperti NASA.