Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Saja-Saja, Ini Sebab Bola Sepak Ada Corak
Bola sepak bukan sekadar sukan, tapi satu fenomena yang menyatukan jutaan peminat di seluruh dunia, ibarat api semangat yang membara dalam diri penyokong setiap kali perlawanan dilangsungkan.
Setiap perlawanan bola sepak terdiri daripada dua pasukan yang masing-masing mempunyai 11 orang pemain termasuk penjaga gol.
Dengan kemahiran, taktikal dan semangat kesukanan mereka bertarung demi satu bola untuk meraih kemenangan dalam tempoh 90 minit.
Namun, pernah tak anda tertanya-tanya kenapa perlu ada corak pada bola sepak? Mungkin kita rasa ia sekadar hiasan atau bentuk biasa.
Tapi sebenarnya, ada sebab saintifik dan sejarah di sebalik pemilihan bentuk heksagon (enam sisi) dan pentagon (lima sisi) yang ada pada reka bentuk bola ini.
Corak ini bukan hanya untuk cantik di mata, tapi memainkan peranan penting dalam permainan bola sepak di padang.
Bola sepak yang sering kita lihat hari ini, mempunyai corak heksagon dan pentagon yang telah digunakan secara meluas sejak tahun 1960-an.
Bola ini biasanya diperbuat daripada kulit yang menggabungkan 20 corak heksagon (enam sisi) dan 12 corak pentagon (lima sisi).
Reka bentuk bola sepak yang dijahit ini membentuk bola yang hampir sfera dan seimbang untuk mengawal pergerakan bola dan tekanan udara.
Bola sepak rasmi yang mendapat kelulusan daripada Fédération Internationale de Football Association (FIFA) mestilah berbentuk sfera dengan ukur lilit antara 68 hingga 70 sentimeter.
Serta tidak menunjukkan perbezaan bentuk melebihi 1.5 peratus daripada bentuk sfera apabila dipam pada tekanan 0.8 atmosfera.
Corak pada bola yang kontras seperti hitam dan putih memudahkan penonton melihat bola dengan jelas semasa perlawanan disiarkan di televisyen.
Ini penting terutamanya dalam perlawanan yang laju, di mana bola bergerak pantas dan sukar dilihat dengan mata kasar jika tiada corak yang menonjol.
Bola yang berwarna putih pada corak heksagon dan warna hitam pada corak pentagon digunakan buat pertama kalinya di Piala Dunia dan dinamakan sebagai Adidas Telstar pada tahun 1970 di Mexico.
Corak bukan sekadar hiasan, namun dapat membantu pemain mengenal pasti arah dan kelajuan putaran bola.
Ini sangat penting semasa permainan, putaran bola boleh mempengaruhi pergerakan bola di udara ketika membuat dan menerima hantaran.
Corak yang direka secara simetri dan strategik boleh membantu dalam memastikan keseimbangan bola.
Gabungan panel corak yang dijahit dan tekstur permukaan memberi kesan kepada kestabilan bola semasa bergolek atau terbang di udara.
Dari corak heksagon dan pentagon inilah yang membantu kekalkan bentuk sfera dan semuanya dirancang secara teliti.
Jadi lepas ini, bila tengok bola tu meluncur laju atas padang, anda kena ingat, setiap corak tu ada sebab dan fungsinya yang tersendiri.
BACA: Panasonic Melancarkan Siri Penyaman Udara Generasi Baharu Untuk Mendefinisikan Semula Keselesaan Kediaman di Malaysia
BACA: Kenapa Tinted Kereta Cepat Rosak? Ini Puncanya
BACA: Kenapa Suhu Enjin Kereta Naik Mendadak? Ini Puncanya
Sumber: MENTAL FLOSS, American Scientist