Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Sebab Peluh Je, Ini 5 Punca Jerawat Naik Di Belakang Badan
Jerawat bukan sahaja boleh muncul di wajah, malah ada juga yang sering mengalaminya di bahagian belakang badan.
Masalah ini sebenarnya agak biasa berlaku, namun ramai yang berasa kurang selesa atau malu apabila ia muncul.
Bagi sesetengah individu, jerawat di belakang badan boleh menjejaskan keyakinan diri.
Hari ini, SK ingin kongsikan lima punca jerawat naik di belakang badan, menurut Public Health Malaysia.
Ramai orang ingat jerawat belakang badan ini sebab tak scrub cukup.
Sebab peluh atau sebab “badan kotor”. Padahal, realitinya tak semudah itu.
Jerawat di belakang badan selalunya muncul bila liang dan folikel rambut mula tersumbat dengan minyak, peluh, sel kulit mati, dan geseran yang berulang.
Sebab itu, kawasan belakang badan memang antara port kegemaran jerawat.
Ini 5 punca yang paling biasa:
Lepas bersenam, cuaca panas, atau pakai baju lama terlalu lama, peluh yang bercampur minyak pada kulit boleh buat belakang badan lebih mudah naik jerawat.

Beg galas, sports bra, baju ketat, atau fabrik yang selalu bergesel dengan kulit boleh jadikan jerawat belakang lebih teruk.
Kadang kadang bukan skincare pun.
Kadang kadang baju yang hari hari kita pakai.

Conditioner, hair oil, losen, atau sunscreen yang terlalu berat boleh turun ke belakang badan masa mandi atau berpeluh.
Bila produk ini menutup liang, kulit pun mula memberontak.

Ada masa jerawat belakang naik masa period, stres, atau bila hormon berubah.
Kulit jadi lebih berminyak, lalu liang lebih mudah tersumbat.

Ada benjolan kecil di belakang badan yang nampak macam jerawat, tapi sebenarnya folliculitis.
Maksudnya folikel rambut sedang meradang atau dijangkiti.
Sebab itu, kalau benjolan itu gatal sangat, sakit, atau tak baik baik, jangan terus anggap semua benda itu jerawat biasa.
Yang penting, jerawat belakang badan bukan semestinya tanda anda tak jaga kebersihan dan scrub kuat kuat bukan semestinya penyelesaiannya.
Kadang kadang, kulit bukan perlukan lebih “keras”. Kulit perlukan kurang sumbatan, kurang geseran, dan cara penjagaan yang lebih sesuai.
Kalau jerawat belakang badan makin banyak, sakit, bernanah, atau tinggalkan parut, elok dapatkan nasihat doktor.
Sebab bila kulit dah mula bercakap terlalu lama, ia biasanya sedang minta bantuan, bukan minta disental lebih kuat.
