Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bukan Selamat Tahun Baharu, Ini Maksud Sebenar Gong Xi Fa Cai
Tanggal 17 Februari menandakan sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini yang diraikan oleh masyarakat Cina.
Selain dapat berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, perayaan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai tradisi seperti makan malam, pemberian angpau serta ucapan yang melambangkan doa dan harapan untuk tahun yang baharu.

Kebiasaannya, rakan-rakan atau kenalan daripada bukan kaum Cina turut mengucapkan Gong Xi Fa Cai sebagai tanda menghormati serta meraikan kepelbagaian budaya di negara ini
Namun, mungkin masih ramai yang menyangka bahawa Gong Xi Fa Cai bermaksud 'selamat tahun baharu'. Walhal, ia membawa maksud yang berbeza.
Jika diterjemahkan secara umum, Gong Xi Fa Cai dalam bahasa Mandarin bermakna 'mendoakan kemakmuran pada tahun yang akan datang'.
Manakala dalam bahasa Kantonis pula, ucapan yang sering disebut sebagai Gong Hey Fat Choy membawa maksud 'mendoakan kebahagiaan dan kemakmuran'. Ada yang mentafsirkan kemakmuran itu sebagai kekayaan, sekali gus membawa maksud 'mendoakan agar memperoleh banyak rezeki atau kekayaan'.
Disebabkan penggunaannya yang meluas setiap kali Tahun Baharu Cina, ramai yang salah faham mengenai maksudnya. Jika ingin mengucapkan 'selamat tahun baharu', ucapan yang lebih tepat ialah 'Xin Nian Kuai Le'.
Mengetahui maksud sebenar di sebalik ucapan ini bukan sahaja dapat mengelakkan salah faham, malah menunjukkan kepekaan terhadap budaya dan tradisi masyarakat Cina. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.