Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Chatbot Sebenarnya.my
Gambar: BERNAMA

Chatbot Sebenarnya.my Dilancarkan, Perangi Maklumat Palsu

Siti Nur Ain Natasya

Chatbot Sebenarnya.my Dilancarkan, Perangi Maklumat Palsu

CYBERJAYA, 28 Jan (Bernama)

— Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Chatbot Sebenarnya.my, bertujuan memerangi maklumat palsu dan membolehkan pengguna menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

Chatbot Sebenarnya.my atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu merupakan platform mesra pengguna dan boleh diakses 24 jam menerusi portal https://sebenarnya.my/ dan platform WhatsApp (menerusi talian 03-8688 7997) yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Berucap merasmikan majlis pelancaran Chatbot Sebenarnya.my di sini hari ini, Fahmi berkata AIFA juga berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan tiga objektif utama.

Ia membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih secara cepat dan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian dan memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

“AIFA ialah alat penting untuk memperkasakan rakyat dengan maklumat disahkan oleh pihak berwajib dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar.

BACA: Rapid KL On-Demand Perkenal Empat Laluan Baharu Mulai 1 Feb

“Dengan kemudahan ini, pihak MCMC menawarkan kepada rakyat cara mudah, pantas dan boleh dipercayai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima atau temui secara dalam talian,” katanya.

AIFA turut menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber boleh dipercayai, seterusnya menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih secara pantas kepada pengguna.

Ia tersedia dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk memastikan akses kepada pelbagai kumpulan pengguna.

Fahmi bagaimanapun berkata ketika ini, AIFA hanya menerima input dalam format teks dan ia akan diperluas untuk menerima input dalam format lain, seperti video atau grafik pada masa hadapan.

“Selepas ini, saya minta pihak MCMC untuk mengembangluaskan penggunaan AIFA, pertama dalam kalangan rakan-rakan di Komuniti MADANI di bawah Jabatan Penerangan dan kedua menerusi lebih 1,000 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang mempunyai 1.3 juta ahli,” katanya.

Menyentuh mengenai kandungan berita palsu, beliau berkata setakat semalam (27 Jan), MCMC telah memohon penurunan 1,575 kandungan berita palsu dan daripada jumlah itu, 1,233 kandungan diturunkan oleh platform berkaitan, setelah disahkan palsu.

Pada 2024, MCMC memohon penurunan 19,546 kandungan berita palsu daripada pelbagai platform dalam talian dan daripada jumlah itu, sebanyak 17,245 kandungan diturunkan setelah turut disahkan sebagai berita palsu oleh kesemua platform terlibat.

BACA: Air Pasang Besar: JPS Ramal 43 Kampung Berisiko Dinaiki Air

BACA: Penjelasan Isu Status Halal Di Salah Satu Cawangan – MIXUE Malaysia

Sumber: Bernama