Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cuaca Panas: 13 Kawasan Di Semenanjung Pada Tahap Berjaga-Jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh Malaysia.
Menurutnya, terdapat 13 kawasan di Semenanjung kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.

Ia melibatkan seluruh Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Sik (Kedah), Kuala Kangsar dan Hulu Perak (Perak), Termerloh dan Jerantut (Pahang) dan Machang, Pasir Mas dan Jeli (Kelantan).
Selain itu, tiga kawasan di Sabah dan Sarawak juga berada pada Tahap 1 iaitu di Limbang dan Marudi (Sarawak) dan Beaufort (Sabah).


"Tahap berjaga-gaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," katanya.
Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.