Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki 103 Tahun Kahwin Kali Ketiga, Mahu Tambah Ramai Zuriat

lelaki 103 tahun kahwin kali ketiga
Gambar via Arab News

Lelaki 103 tahun kahwin kali ketiga dengan niat untuk meluaskan keturunan menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

Seorang lelaki berusia 103 tahun yang mempunyai 15 anak dan ratusan cucu dilapor berkahwin buat kali ketiga dengan harapan akan dikurniakan lebih ramai zuriat.

Memetik Arab News, Haji Mukheilif Farhoud Al-Mansouri yang berasal dari Al-Diwaniyah, Iraq dan dilahirkan pada 1919 itu telah berkahwin pada minggu lalu dengan wanita berusia 37 tahun di Somar, 180 kilometer dari Baghdad.

“Salah seorang anak lelakinya, Abdul Salam memaklumkan kepada Rudaw Media Network, sebaik sahaja ibunya meninggal dunia 23 tahun lalu, bapanya berkahwin semula dengan seorang wanita.

“Namun, wanita itu telah pergi dan kembali ke pangkuan keluarganya tahun ini,” lapor Arab News.

Difahamkan juga, Al-Mansouri menunggu kepulangan isteri keduanya itu selama beberapa bulan, namun malangnya tiada sebarang tanda bahawa wanita itu akan pulang ke pangkuannya semula.

Oleh itu, warga emas berusia 103 tahun itu meminta anak-anaknya mencarikan isteri ketiga untuknya yang mampu memberikan lebih banyak zuriat bagi menyambung generasi mereka.

“Pilihan kami adalah seorang wanita baik yang lahir pada tahun 1985. Mereka akhirnya bertunang dan diikuti dengan majlis berinai.

“Seterusnya majlis perkahwinan pula diadakan dan dihadiri oleh anak-anak dan cucu-cucunya,” jelas salah seorang anaknya, Salam pada kemedia, lapor Arab News.

Menurut Arab News lagi, Al-Mansouri memberitahu bahawa isteri baharunya itu ternyata masih muda dan bersedia untuk mempunyai ramai anak seperti impiannya.

Di samping itu, dia berkata bahawa dirinya tidak mengharapkan apa-apa daripada anak-anak, cukup hanya doa agar kehidupannya diberkati Tuhan.

“Al-Mansouri masih ‘baru’ dalam dunia ‘pertaruhan’ perkahwinan dan anak berbanding anak sulungnya, Kadhem, 72, yang telah mempunyai 16 orang anak perempuan dan 17 anak lelaki daripada sembilan perkahwinan.

“Dia kini mempunyai empat orang isteri.

“Rudaw (media) melaporkan, ahli keluarga Kadhem sentiasa menghormati kehidupan dan percaya bahawa mereka tidak perlu takut akan perkahwinan dan mempunyai anak yang ramai,” lapor Arab News.

Sumber: Arab News