Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enjin Roket Epsilon S Meletup Semasa Ujian – Agensi Angkasa Jepun

enjin roket Epsilon S meletup jepun
Kredit: Kyodo News

Enjin Roket Epsilon S Meletup Semasa Ujian – Agensi Angkasa Jepun

Agensi angkasa Jepun berkata enjin roket Epsilon S yang sedang diuji meletup di timur laut Jepun pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA), tiada kecederaan dilaporkan ketika roket itu diuji di Pusat Ujian Noshiro di Wilayah Akita.

Letupan berlaku kira-kira satu minit selepas ujian bermula.

Rakaman televisyen menunjukkan api dilihat keluar dari bahagian tepi kemudahan ujian itu sebelum seluruh bangunan itu diselubungi asap.

Program angkasa lepas Jepun telah mengalami beberapa halangan baru-baru ini, termasuk kegagalan pelancaran roket H3 perdananya pada bulan Mac.

Roket Starship SpaceX Meletup Semasa Pelancaran

Sebelum ini, sebuah roket SpaceX, Starship yang direka khas untuk misi ke Bulan dan Marikh dilapor meletup selepas melakukan sesi pelancaran dalam ujian penerbangannya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa pekerja yang sedang berkumpul membuat sorakan melihat roket tersebut berlepas.

Semasa kejadian, roket itu menyala dan meletup ke langit selama kira-kira empat minit dan pemisahan tambahan yang diletakkan ke atas roket juga dilihat gagal berfungsi.

Dalam pada itu, beberapa daripada 33 enjin penggalak turut kelihatan tidak menyala menyebabkan roket itu jatuh ke bawah sebelum meletup semasa majlis pelancaran itu.

Punca letupan dan kegagalan roket itu berfungsi tidak diketahui serta-merta, walaupun ia dianggap sebagai satu kejayaan buat syarikat tersebut.

Menerusi ciapan SpaceX di Twitter, ia memaklumkan syarikatnya mengalami sesuatu yang tidak berjadual berlaku sebelum pemisahan berperingkat.

BACA: Anak Malaysia, Alyssa Sertai Universe Ticket, Program Tv Cari Bakat Tubuh Kumpulan K-Pop Baru

Sumber: Bernama