Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia

Hannah
gempa johor
Gambar: METMalaysia

Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia

Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor, Malaysia, pada jam 6.13 pagi, hari ini.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, dengan magnitud 4.1 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 5 kilometer Barat dari Segamat, Johor, dengan kedalaman 10 kilometer.

Difahamkan, gegaran turut dirasai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

METMalaysia memaklumkan bahawa pihak mereka akan terus memantau perkembangan situasi ini.

Justeru itu, orang ramai, khususnya mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini, digalakkan untuk berkongsi maklumat dengan mengisi borang soal selidik ini.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.

BACA: Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Enam Pangsapuri

BACA: Jalan Utama Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

BACA: PM Anwar Salur Peruntukan Tambahan RM200,000 Untuk RXZ Members 7.0

Sumber: METMalaysia