Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di 6 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Di 6 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di enam negeri dan satu wilayah sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran itu melibatkan daerah Langkawi di Kedah.

Manakala di Pahang pula, amaran dikeluarkan di Raub, Bentong, Temerloh dan Rompin.

Selain itu, Hulu Selangor dan Gombak di negeri Selangor turut diramal hujan lebat.

Di Johor, cuaca buruk itu dijangka melanda Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Beralih ke Sarawak, amaran membabitkan kawasan Kapit (Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Bagi negeri Sabah pula, hujan diramal di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Hujan lebat juga dijangka melanda Wilayah Persekutuan Labuan.

Kredit: MetMalaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.