Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi satu kenyataan MetMalaysia, amaran itu melibatkan negeri Perak iaitu di Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Batang Padang.
Manakala di Pahang pula hanya membabitkan daerah Bentong.
Di Selangor, hanya satu daerah juga yang terlibat iaitu di Hulu Langat.
Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat diramal di kawasan Jelebu dan Seremban.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan