Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Di Lima Negeri, Satu Wilayah Pagi Ini

Hujan lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 10 pagi ini.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah di Perak.

Selain itu, daerah Dungun di Terengganu juga terlibat.

Bagi negeri Selangor, hujan lebat diramal melanda kawasan Kuala Langat, Sepang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Hulu Langat.

Begitu juga di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan seluruh Melaka.

Di Negeri Sembilan pula, amaran membabitkan daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di lima negeri dan Putrajaya hingga 10 pagi.
  • Kawasan terlibat termasuk beberapa daerah di Perak, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.
  • Amaran turut meliputi seluruh Melaka, dengan ribut petir dijangka melebihi sejam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan