Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 8 malam ini.
Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan tersebut meramalkan hujan lebat di kebanyakan kawasan di negeri Perlis, Selangor dan Melaka. Begitu juga di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
"Di Kedah, daerah Kulim dan Bandar Baharu dijangka alami hujan lebat.
"Begitu juga di Perak yang melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. Batang Padang dan Muallim turut tersenarai," maklum MetMalaysia.
Beralih ke Pahang, cuaca menunjukkan hanya daerah Tanah Tinggi Cameron dijangka alami hujan lebat.
Turun ke Negeri Sembilan, MetMalaysia meramalkan hujan lebat di daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin
Melihat keadaan di Sarawak, daerah Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis) dijangka alami hujan lebat, angin kencang sehingga malam ini.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," jelas jabatan tersebut.
Orang ramai dinasihat agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa jika berlaku kecemasan.