Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ibu Gajah Dipercayai Kembali Ke Lokasi Kejadian

Hannah
ibu gajah kembali
Kredit: @kek_pisa17g/TikTok

Ibu Gajah Dipercayai Kembali Ke Lokasi Kejadian

Semalam, dunia maya dikejutkan dengan satu rakaman menyentuh hati yang menjadi tular di TikTok dan Facebook.

Ia bukan sekadar video biasa, tetapi kisah cinta seekor ibu gajah yang meratapi pemergian anaknya, tepat pada Hari Ibu.

Rakaman itu memaparkan detik pilu apabila si ibu gajah berdiri kaku di sisi sebuah lori, langsung tidak berganjak walau seinci pun.

Dalam salah satu klip, kelihatan dia menyandarkan kepalanya pada badan lori tersebut, seolah-olah sedang menangisi anaknya yang sudah tiada.

Lebih menyayat hati, dia terus berdiri di situ dalam diam, seakan-akan masih berharap anaknya akan bangun semula.

Difahamkan, anak gajah itu telah dilanggar oleh lori hingga tersepit di bawah kenderaan, dan insiden tragis itu telah meragut nyawanya.

Menurut laporan, ibu gajah tersebut enggan berganjak dari tempat kejadian hampir lima jam.

Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa menenangkannya menggunakan ubat pelali sebelum menggiringnya semula ke hutan.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu gajah berkenaan dipercayai kembali semula ke lokasi kejadian, seolah-olah masih mencari anaknya.

Klip video menyayat hati ini turut dikongsikan semula oleh @era.je di laman TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan sebak.

Ramai yang turut berharap agar kejadian sebegini dapat dielakkan pada masa akan datang, dengan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan yang lebih berkesan untuk haiwan liar.

BACA: Anak Gajah Jantan Mati Dilanggar Lori Kontena Di Gerik

BACA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak

BACA: Hukum Seorang Muslim Menyambut Hari Ibu

Sumber: @era.je/TikTok