Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Palestin Capai Kemerdekaan
Kredit: Antara News

Indonesia Iktiraf Israel Jika Palestin Capai Kemerdekaan – Prabowo

Athirah

Indonesia Iktiraf Israel Jika Palestin Capai Kemerdekaan – Prabowo

Indonesia sekali lagi menyatakan kesediaan untuk mengiktiraf Israel, namun hanya jika Israel terlebih dahulu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, lapor portal Antara News.

Kenyataan itu disampaikan oleh Presiden Prabowo ketika berucap pada Persidangan Peringkat Tinggi mengenai ‘Penyelesaian Dua Negara’ yang diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

“Kita perlu memastikan penubuhan sebuah negara untuk Palestin, namun Indonesia juga menegaskan bahawa sebaik sahaja Israel mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan Palestin

“Indonesia akan serta-merta mengiktiraf negara Israel dan kami akan menyokong segala jaminan keselamatan untuk Israel,” tegasnya.

Kenyataan itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada para delegasi di Dewan Perhimpunan Agung.

Indonesia mengecam tindakan ganas Israel kepada rakyat Palestin

Presiden Prabowo turut menegaskan bahawa Deklarasi New York telah menyediakan landasan yang adil ke arah perdamaian antara Israel dan Palestin.

Menurut portal Antara News, deklarasi itu telah diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 12 September 2025 sebagai respons terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang dilakukan oleh tentera Israel.

Prabowo mengecam semua tindakan keganasan terhadap orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak di Gaza. Dalam pada itu, puluhan ribu orang awam di Gaza telah terkorban akibat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel.

“Kami mengecam segala bentuk keganasan terhadap orang awam yang tidak berdosa. Justeru, hari ini kita berkumpul untuk memikul tanggungjawab sejarah kita

“Tanggungjawab ini bukan sahaja berkaitan dengan nasib Palestin, tetapi juga masa depan Israel, serta kredibiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri,” ujar beliau lagi.

Mengakhiri ucapannya dari mimbar PBB, Presiden Prabowo menyampaikan seruan mendesak untuk bersatu demi mencapai perdamaian.

BACA: Selalu Selamatkan Orang, Kali Ini Bomba Pula ‘Terperangkap’ Dalam Lif
BACA: Untuk Pengguna Perodua, Ini Risiko Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Ketika Memandu
BACA: Mekanik Dedah 8 Kesilapan Kecil Yang Boleh Rosakkan Kereta, No.7 Ramai Selalu Buat
BACA: Wanita Warga Asing Minta Bantuan Ramai Jejaki Keluarga Angkat Di Kelantan

Sumber: Antara News