Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Sedia Tangani Isu Venezuela Jika Dilantik Sebagai Presiden Majlis HAM PBB

Azizah Najib
indonesia venezuela majlis ham
Kredit: KompasTV

Indonesia Sedia Tangani Isu Venezuela Jika Dilantik Sebagai Presiden Majlis HAM PBB

Indonesia bersedia untuk terlibat dan menangani isu Venezuela jika dilantik menjadi Presiden Majlis Hak Asasi Manusia (HAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara berkenaan diungkapkan oleh Menteri HAM Indonesia, Natalius Pigai menerusi laporan oleh Kompas TV.

“Ini baru 80 tahun Indonesia merdeka, Indonesia buat pertama kali berpeluang memimpin sebuah institusi multilateral dunia,” ujarnya di pejabat Kementerian HAM.

Dalam pada itu, Pigai sempat menyentuh konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela yang masih berterusan.

Pigai berkata, Indonesia bersedia untuk terlibat dalam isu berkenaan.

“Isu Venezuela kelak akan ditangani oleh anak bangsa Indonesia,” katanya.

BACA: Cara Semak Status STR, Bantuan Kewangan Diterima Guna MyGOV

BACA: Isu Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya: Polis Terima 45 Laporan, Rakam Keterangan Lapan Individu

Terdahulu, Kementerian Luar Negara (KEMLU) memaklumkan bahawa negara-negara anggota Kumpulan Asia-Pasifik (APG) secara rasmi telah mencalonkan Indonesia sebagai calon Presiden Majlis HAM PBB bagi tahun 2026.

“Pencalonan ini mencerminkan kepercayaan negara-negara di kawasan Asia Pasifik terhadap peranan dan kepimpinan Indonesia dalam memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global,” maklum KEMLU.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Disember lalu itu, pencalonan Presiden Majlis HAM PBB bagi tahun 2026 akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis HAM PBB pada 8 Januari 2026.

Jawatan tersebut akan disandang oleh Wakil Tetap Republik Indonesia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Duta Besar Sidharto Reza Suryodipuro.

Sebagai Presiden, Indonesia bakal memimpin persidangan dan proses Majlis berkenaan sepanjang tahun 2026 secara objektif, inklusif dan seimbang.

“Ketika ini, Indonesia merupakan ahli Majlis HAM PBB sepanjang tempoh 2024 hingga 2026. Berdasarkan mekanisme penggiliran serantau, Kumpulan Asia-Pasifik akan memegang jawatan Presiden Majlis HAM untuk kitaran ke-20 pada tahun 2026.

“Jadi pelantikan Indonesia selaras dengan aturan serantau yang dipersetujui,” tambah kenyataan itu.

BACA: Tiada Kompromi Dalam Isu Disiplin, Integriti – Panglima Tentera Udara

BACA: Trump Pertimbang Beberapa Pilihan, Termasuk Tindakan Ketenteraan Untuk Ambil Alih Greenland

BACA: Trump Umum Kerajaan Interim Venezuela Akan Serah 30-50 Juta Tong Minyak Kepada Amerika Syarikat

Sumber: KompasTV