Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tehran -- Iran mengumumkan laluan alternatif pada Khamis bagi kapal yang melalui Selat Hormuz, dengan memaklumkan risiko periuk api laut di zon utama laluan air penting itu, lapor AFP.
Tehran bersetuju untuk membuka semula selat itu sementara, yang mana satu perlima minyak dunia biasanya melalui laluan tersebut, sebagai sebahagian daripada gencatan senjata selama dua minggu.
Perkara berkenaan disampaikan oleh Pegawai Revolusi Iran dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media tempatan.
"Semua kapal yang berhasrat untuk melalui Selat Hormuz dengan ini dimaklumkan bahawa bagi mematuhi prinsip keselamatan maritim dan untuk dilindungi daripada kemungkinan perlanggaran periuk api laut, mereka harus menggunakan laluan alternatif bagi trafik di Selat Hormuz," katanya.
Kenyataan itu turut mengandungi arahan bagi laluan masuk dan keluar alternatif melalui selat tersebut.
Terdahulu, Amerika Syarikat dan Iran bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu yang dipersetujui pada Rabu.
Persetujuan itu dicapai kurang satu jam sebelum tarikh akhir rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memusnahkan republik Islam itu jika ia tidak tunduk kepada tuntutannya bagi mencapai perjanjian untuk membuka semula Selat Hormuz.
Tehran telah menyekat laluan perkapalan utama itu sejak awal Mac, sekali gus menyebabkan harga tenaga global melonjak.