Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Israel Lancar Serangan Udara Di Tengah Beirut

Azizah Najib
Kredit: FADEL ITANI/AFP

BEIRUT, 3 Okt. (Bernama) — Pusat Kesihatan yang mempunyai kaitan dengan Hizbullah di kawasan al-Bachoura, tengah Beirut menjadi sasaran serangan udara Israel hingga mencetuskan kebakaran besar pada malam Rabu, lapor Xinhua.

Saluran TV tempatan, al-Jadeed, melaporkan bahawa asap tebal kelihatan berkepul dari bangunan itu menerusi rakaman video.

Serangan udara itu turut menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah berhampiran serta beberapa kenderaan yang diparkir di sekitar kawasan berkenaan.

Ambulans dan pasukan pertahanan awam segera bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan usaha menyelamat.

Sebelum serangan di tengah Beirut, Israel turut melancarkan tiga serangan udara di kawasan Haret Hreik, pinggir selatan Beirut yang turut menyebabkan kebakaran, menurut laporan saluran TV yang sama.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu dan menyatakan bahawa ia adalah serangan tepat yang menyasarkan ibu negara Lubnan.

Sumber: Bernama

BACA: Komet Paling Terang Tahun Ini Dijangka Dapat Dilihat Hingga Awal Oktober

BACA: “Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone”