Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Beg Berat: Penyerahan Lokar Fasa 1 Bermula, Ini Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Kredit: Azlim Mansor (BERNAMA) & KPM

Isu beg berat sentiasa menjadi perhatian ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Bukannya hendak memanjakan mereka, tapi lebih kepada kesian apabila anak-anak terpaksa menggalas beg dengan beban yang berat.

Perkara tersebut adalah lebih terarah kepada pelajar sekolah rendah tahap satu yang masih mempunyai fizikal yang kecil. Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dipandang remeh malah ada beberapa pendekatan untuk mengatasi isu berkenaan. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, ada tujuh pendekatan menangani isu beg berat murid yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penyerahan Lokar Fasa Pertama

Antara salah satu pendekatan yang menjadi perhatian ramai pada ketika ini adalah penyediaan lokar di dalam bilik darjah. Perkara sebegini perlu mendapat perhatian ibu bapa agar anak-anak mereka terutamanya yang berada di tahap 1 dapat menikmati kemudahan itu. Oleh yang demikian, SK nak kongsikan beberapa input yang ibu bapa patut tahu mengenai pembekalan lokar ini.

Kredit: KPM
  1. KPM telah dan sedang laksanakan pendekatan termasuk pembekalan lokar kepada sekolah terutamanya kepada murid sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi di bawah KPM.

  2. Pengurusan pembekalan lokar Fasa 1 dilaksana pada tahun 2022 khususnya untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 manakala Fasa 2 dijangka dilaksana pada tahun 2023 dengan mengfokuskan kepada murid Tahap 2.

  3. Urusan pembekalan lokar ke sekolah yang tersenarai dijangka akan dapat diselesaikan sebelum 30 Oktober 2022.

  4. Pembekalan lokar sekolah adalah mengikut Kenyataan YBMK tentang pendekatan menangani isu beg berat bertarikh 6 Mac 2022.

  5. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan uruskan pembekalan lokar kepada sekolah-sekolah yang tersenarai.

  6. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk terima, guna dan selenggara lokar yang dibekalkan mengikut tatacara pengurusan aset kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

Kredit: Azlim Mansor (BERNAMA)

Dalam masa yang sama, pada 5 Oktober 2022, satu Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu turut dihadiri YB Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin

Menurut beliau, pihaknya meminta agar pembekal segera pasang lokar secepat mungkin supaya lebih cepat boleh diperluaskan untuk Fasa Dua.

Kredit: KPM

Menurut KPM, pembekalan lokar Fasa 1 ini melibatkan sebanyak 626 sekolah. Daripada jumlah itu, terdapat seramai 249,646 murid yang bakal menerima lokar di dalam bilik darjah masing-masing.

Tujuh Pendekatan Tangani Isu Beg Berat Murid

Pendekatan ini hanyalah salah satu inisiatif yang dirancang KPM bersama-sama dengan dengan enam pendekatan yang lain. Antara pendekatan yang lain adalah seperti penyusunan semula jadual waktu dengan hanya ada tiga hingga empat mata pelajaran sehari.

Selain itu, bilangan buku latihan juga akan dihadkan kepada dua buah buku bagi setiap mata pelajaran. Bagi buku aktiviti dan buku kerja murid pula, hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM.

Antara lain pendekatan KPM bagi isu beg berat adalah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaraskan pakaian agar murid diberi kelonggaran untuk pakai pakaian seragam sekolah pada sesi persekolahan KAFA.