Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jadikan tragedi MH370 bahan lawak
Kredit BERNAMA

Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak Tindakan Biadab, Tidak Berperikemanusiaan – Loke

Jadikan Ttragedi MH370 Bahan Lawak Tindakan Biadab, Tidak Berperikemanusiaan – Loke

SHAH ALAM, 8 Jun (Bernama) — Menteri Pengangkutan Anthony Loke menganggap tindakan komediri Jocelyn Chia yang menggunakan tragedi kehilangan pesawat Malaysia, MH370 sebagai satu bahan jenaka adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

“Apa yang dinyatakan pelawak itu adalah satu kenyataan yang biadap, kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan kerana menggunakan tragedi itu sebagai bahan lawak. Tragedi itu membabitkan lebih 200 nyawa dan tiada manusia lain yang akan melakukan perkara sebegitu,” katanya.

Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.

Beliau juga menyatakan rasa terkejut dan saya lihat pihak Singapura telah mengambil langkah segera untuk memastikan perkara itu tidak dijadikan sebagai isu yang boleh dipolemikkan oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara,” katanya kepada media di sini hari ini.

Loke berkata demikian susulan kontroversi jenaka memperlekehkan Malaysia yang dibuat oleh Chia termasuk mengenai tragedi Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan membandingkan kemajuan antara Malaysia dan Singapura.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Malah katanya Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon juga dengan segera mengeluarkan kenyataan semalam menyatakan kekesalan dan permohonan maaf atas perkara tersebut serta mengkritik lawak yang dipersembahkan wanita itu.

Katanya walaupun Chia mengganggap itu sebagai jenaka, namun Loke berkata setiap jenaka perlu ada batasnya dan sepatutnya tidak menggunakan sesuatu tragedi untuk dijadikan bahan lawak.

“Perkara ini sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk pelawak di negara kita dan kita mengalu-alukan komediri namun kita tidak boleh jadikan tragedi dan hubungan negara sebagai bahan jenaka,” katanya.

Terdahulu, Loke menyaksikan penganugerahan Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara LPK dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi pelepasan kapal dan kargo di pelabuhan, operator terminal dan pemain industri untuk bekerjasama membanteras rasuah.

Sumber: BERNAMA