Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
beza resume cv portfolio
Gambar dijana Bing AI

Jangan Tertukar, Ini Beza Resume, CV, Resume Gabungan & Portfolio

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jangan Tertukar, Ini Beza Resume, CV, Resume Gabungan & Portfolio

Salah satu persediaan penting sebelum memohon kerja adalah semestinya perlu menyediakan resume sebagai rujukan bakal majikan. Resume yang tersusun dan menampilkan maklumat berkaitan jawatan yang dipohon amat membantu pihak syarikat dalam proses penyaringan calon yang sesuai.

Namun, timbul kekeliruan apabila sebahagian syarikat meminta calon lampirkan resume, dan sebahagian lagi meminta vitae kurikulum (CV). Malah anda bertambah pening apabila perlu mengepilkan portfolio apabila memohon kerja di syarikat bidang kreatif.

Ingin ketahui apa beza resume, CV, resume gabungan dan portfolio? Ikuti perkongsian berikut daripada seorang jurulatih kerjaya yang dikenali dengan nama Farid Affy di laman X.

contoh resume
Kredit gambar: X Farid Affy

Ciri resume

Menurut perkongsian Farid, resume mempunyai satu hingga dua halaman sahaja dengan maklumat yang lebih ringkas. Calon hanya perlu meletakkan pengalaman dan kemahiran yang dirasakan sesuai dengan jawatan yang ingin dipohon dalam dokumen ini. Baru nampak usaha calon membuat kajian tentang jawatan yang diiklankan itu terlebih dahulu.

“Pencapaian ditekankan, lebih terkenal (penggunaan) di Malaysia,” ujar Farid.

Ciri vitae kurikulum (CV)

CV pula merupakan dokumen yang tidak ada had halaman kerana mengandungi maklumat pendidikan, pengalaman kerja dan kemahiran yang lebih terperinci. Kebiasaannya CV hanya diberikan apabila diminta pihak syarikat kerana hanya segelintir bidang yang memerlukan maklumat terperinci sebegini contohnya bidang perubatan, penyelidikan dan teknikal.

BACA: Hairan Baju Berkedut Lepas Seterika? Ini Rupanya Cara Seterika Yang Betul

“Tulis semua pengalaman kerja mengikut susunan menurun (mulakan dengan terkini),” hurai beliau berkenaan CV.

resume dengan turutan menurun
Contoh resume dengan susunan menurun di bahagian pengalaman bekerja. Sumber: X Farid Affy

Ciri resume gabungan

Resume gabungan atau hybrid resume ini ialah dokumen yang menggabungkan kedua-dua ciri resume dan CV. Kebiasaannya, resume gabungan digunakan oleh pekerja yang telah lama berada dalam industri pekerjaan dengan pengalaman yang lebih. Resume jenis ini digunakan untuk menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama calon dengan lebih terperinci. Calon perlu menyusun pengalaman kerja mengikut susunan menurun, sama seperti CV.

contoh resume gabungan
Kredit gambar: X Farid Affy

Ciri portfolio

Sementara itu, bentuk portfolio sangat berbeza berbanding ketiga-tiga dokumen di atas. Farid menjelaskan bahawa portfolio merupakan kompilasi bukti pengalaman dan yang berkaitan contohnya hasil kerja berserta testimoni.

Sebagai contoh, portfolio bagi seorang pelukis mengandungi hasil lukisan yang menunjukkan pelbagai gaya lukisannya manakala portfolio seorang penulis pula mengandungi beberapa contoh hasil penulisan. Memadai bagi calon meletakkan satu halaman atau satu hingga dua perenggan penulisan supaya pihak syarikat dapat mengenal pasti gaya penulisan calon.

Semoga perkongsian ini membantu para calon lebih yakin menghadiri temuduga pekerjaan yang diidamkan.

Sumber: X Farid Affy

BACA: Apa Itu Dasar Gaji Progresif? Ini Yang Anda Perlu Tahu

BACA: Tayar Kurang Tekanan Angin Juga Ada Potensi Untuk Meletup, Ini Sebabnya