Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jet Tentera Laut AS, Helikopter Terhempas Berasingan Di Laut China Selatan

Athirah
Jet Tentera Laut AS Terhempas
Kredit: AFP

Jet Tentera Laut AS, Helikopter Terhempas Berasingan Di Laut China Selatan

ISTANBUL, 27 Okt (Bernama) — Sebuah jet pejuang dan helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas secara berasingan di Laut China Selatan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Armada Pasifik AS dalam satu kenyataan di platform media sosialnya, sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang ditempatkan di Helicopter Maritime Strike Squadron 73 “Battle Cats” terhempas sekitar 2.45 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi rutin.

Semua tiga anak kapal berjaya diselamatkan, menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian tersebut, sebuah lagi pesawat jenis F/A-18F Super Hornet yang ditempatkan di Strike Fighter Squadron 22 “Fighting Redcocks” turut terhempas ketika operasi rutin.

Dua anak kapal pesawat itu sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat daripada Carrier Strike Group 11.

“Semua anggota yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan stabil. Punca kedua-dua insiden kini sedang disiasat,” tambah kenyataan itu.

BACA: Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni
BACA: Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai

Sumber: Bernama