Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KA Perkenal ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Di Rembayung, Tawar Makan Percuma Untuk 80 Pax
Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memilik puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
Seperti diketahui, KA telah membuka restoran Rembayung sejak 6 Januari lalu.
Sejak itu, orang ramai bertungkus lumus untuk mendapatkan tempahan bagi menjamu hidangan masakan Melayu di situ.
Khairul Aming hari ini mengumumkan pelancaran segmen khas istimewa di Rembayung sempena bulan mulia ini, iaitu ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @khairulaming di TikTok, antara tarikan utama yang boleh dinantikan ialah sesi Live Room terbesar di Malaysia.
Difahamkan, sesi itu akan dikendalikan oleh KA bersama 10 pengacara sampingan, termasuk pelawak dan pelakon tempatan Zizan Razak.
Dalam pada itu, KA juga akan melancarkan set kombo sahur produknya serta sampul raya KA edisi 2026.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu untuk Rembayung, Khairul Aming ingin memberi hadiah makan percuma kepada 80 pax di restorannya.
Apa yang lebih menarik lagi, para pemenang boleh memilih sendiri tarikh dan masa untuk menikmati hidangan.
Menurut KA, beliau juga akan berkongsi resipi berbuka puasa seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Selepas dua bulan merancang, hari ini kita transform Rembayung menjadi Live Room terbesar di Malaysia
"Dengan bantuan co-host termasuk Zizan Razak, hari ini kita akan live untuk anda semua,” katanya menerusi kapsyen.
Walaupun sibuk menguruskan operasi kilang, restoran Rembayung, dan konten ’30 Hari 30 Resepi’, KA tetap mahu memberikan yang terbaik kepada orang ramai, terutamanya sepanjang Ramadan ini.
Menurut KA, sesi live di TikTok akan bermula tengahari ini.