Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kanak-Kanak Lelaki Maut Ditimpa Rekahan Simen Rumah Kedai
MELAKA, 24 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki warga Vietnam maut akibat ditimpa rekahan simen rumah kedai dalam kejadian di hadapan sebuah restoran makanan segera di Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Baru di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa yang berusia tujuh tahun dirawat di Hospital Melaka akibat cedera parah di badan dan meninggal dunia pada 10.12 malam hari sama.
Beliau berkata dua lagi mangsa iaitu bapa kanak-kanak itu berusia 42 tahun yang merupakan warga tempatan dan adik lelaki mangsa berusia lima tahun hanya cedera ringan.
“Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, rekahan simen di tingkat tiga bangunan restoran berkenaan tiba-tiba terjatuh dan menimpa mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan pelbagai kecederaan akibat impak objek berat yang jatuh ke atasnya.
Sumber: BERNAMA
BACA: Thailand Dijangka Bakal Perkenal Cukai Baharu Kepada Pelancong
BACA: Turun Satu Anak Tangga, Harimau Malaya Di Ranking Ke-133 Dunia
BACA: BRICS Tegaskan Sokongan Untuk Keahlian Penuh Palestin Dalam PBB