Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Tunjuk Jalan Demi Anak Sakit

Athirah
ibu kayuh basikal gelap sakit
Kredit: @danialhaikall_ via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kayuh Basikal Dalam Gelap Demi Anak Sakit, Pengorbanan Ibu Ini Buat Ramai Sebak

Jasa dan pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Bermula dari mengandung sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan anak, menyusu sehinggalah membesarkan kita menjadi manusia berguna.

Begitu besar pengorbanan yang ditaburkan sehingga budi apa pun yang kita buat untuk orang tua, tak akan mampu membalas walau sekelumit jasa mereka selama ini.

Pendek kata, dalam hati dan jiwa mereka, anak-anak sentiasa menjadi keutamaan sepanjang masa.

Kegigihan wanita ini kayuh basikal dalam gelap meruntun jiwa ramai orang

Begitu jugalah dengan pengorbanan ibu ini apabila sanggup mengayuh basikal dalam gelap demi mendapatkan bantuan untuk anaknya yang sedang sakit.

Kisah meruntun hati ini mendapat perhatian warga maya selepas dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @danialhaikall_ baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya, @danialhaikall_ berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pemanggil yang meminta bantuan untuk anaknya yang diserang sawan.

Sebaik menerima panggilan tersebut, ambulans kemudian terus digerakkan menuju ke lokasi yang dinyatakan oleh pemanggil.

Bagaimanapun, mereka berdepan kesukaran untuk mencari lokasi tepat yang diberikan.

Oleh itu, mereka menghubungi semula pemanggil berkenaan dan meminta bantuan untuk ditunjukkan arah ke lokasi yang rumah pesakit.

“Setibanya di lokasi (landmark), kami maklumkan kepada pemanggil untuk jemput kami kerana kami berdepan kesukaran untuk mencari rumah pemanggil,” katanya.

Alangkah terkejutnya mereka kemudian apabila yang tiba menyambut kehadiran mereka adalah seorang ibu yang mengayuh basikal dan berada dalam keadaan tercungap-cungap.

Bukan setakat kayuh basikal, nyawa pun kami sanggup korbankan untuk anak-anak

“Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu pemanggil datang, kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata ‘maaf lambat’,” ujar @danialhaikall_.

Lebih merisaukan, keadaan jalan dan sekeliling ketika itu sangat gelap, dengan hanya sesekali simbahan cahaya lampu kelihatan.

Melihat keadaan wanita itu yang kepenatan, @danialhaikall_ kemudian menjemput wanita tersebut untuk menaiki ambulans.

Namun, ibu hebat berkenaan menolak pelawaan itu secara baik dan memberitahu masih mampu mengayuh basikal tersebut.

“Saya yang di dalam ambulans ni sebak tengok ibu ini sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa sebak apabila terkenangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Bagi warga maya, wanita itu terbukti adalah seorang ibu yang hebat buat anak-anaknya.

Mereka seterusnya berharap anak-anak wanita tersebut tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan yang dibuat oleh ibu mereka saat sampai bila-bila.

BACA: Alami Kembung Perut & Sembelit, Kanak-kanak 19 Bulan Hidap Kanser Ovari Tahap 3

Sumber: @danialhaikall_ via TikTok