Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kemajuan kerja ecrl kelantan
Kredit: BERNAMA

Kemajuan Kerja Projek ECRL Di Kelantan Capai 79.81 Peratus Sehingga Mei 2024 – MOT

Azizah Najib

Kemajuan Kerja Projek ECRL Di Kelantan Capai 79.81 Peratus Sehingga Mei 2024 – MOT

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Status kemajuan kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan telah mencapai 79.81 peratus sehingga Mei 2024, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

Ini melibatkan struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama manakala kerja-kerja pembinaan bagi dua stesen di negeri itu juga telah dimulakan.

“Selain itu, kerja pemasangan landasan di negeri Kelantan dijangka bermula pada suku keempat 2024,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

BACA: Sudah Kembung & Berbau, Mayat Dua Wanita Ditemui Dalam Kereta

MoT menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai status kemajuan projek ECRL, khususnya bagi Kelantan selain pelan perancangan dalam memastikan impak positif projek memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat apabila mula beroperasi kelak.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer adalah projek infrastruktur rel yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.

Setakat Mei 2024, status kemajuan keseluruhan projek ini telah mencapai 67.09 peratus.

BACA: Lahir Pada 10 Julai 1925, Tun Mahathir Genap 99 Tahun Hari Ini

MoT berkata PLANMalaysia melalui Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (PeGTaECRL) yang dilaksanakan, pula bertujuan memastikan pembangunan guna tanah di sepanjang jajaran ECRL dan sekitar stesen, termasuk pembangunan pelaburan Projek Pemacu Ekonomi (EAP).

Pelan cadangan terperinci di dalam PeGTAECRL bagi Kelantan melibatkan dua stesen ECRL iaitu stesen Kota Bharu dan Pasir Puteh.

“Antara cadangan utama bagi Stesen ECRL di Kelantan adalah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang merupakan perbandaran baharu untuk kawasan Ketereh manakala di Pasir Puteh merangkumi cadangan pembangunan hab logistik.

“Cadangan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok Bali pula akan memperkukuh stesen Pasir Puteh sebagai hab kargo untuk Kelantan dan utara Terengganu,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tonjol Warna Jalur Gemilang, Pakaian Rasmi Atlet Paralimpik Ke Paris Raih Pujian Ramai