Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kematian Nur Qaira Alisha, Fadhlina Arah Unit Integriti KPM Ambil Tindakan Lanjut

Kematian Nur Qaira Alisha
Kredit: Bernama

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, telah mengarahkan Unit Integriti kementeriannya untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian seorang murid sekolah di Kedah, Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan, 11.

Fadhlina dalam satu kenyataan berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah juga telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga.

“Saya mengikuti dengan penuh rasa dukacita pemergian Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha binti Ahmad Ilwan. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga atas kehilangan yang amat berat ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga.

“Saya juga telah mengarahkan Unit Integriti untuk mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak,” katanya.

Menurut Fadhlina, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid.

“Keutamaan KPM pada masa ini adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini.

“Semoga keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya.

Intipati
  • Fadhlina Sidek mengarahkan Unit Integriti KPM mengambil tindakan lanjut berhubung kematian Nur Qaira Alisha.
  • JPN Kedah telah menjalankan siasatan berkaitan aduan yang dikemukakan keluarga murid berusia 11 tahun itu.
  • KPM menegaskan keselamatan dan kebajikan murid menjadi perhatian serius kementerian pada masa ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan