Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Kerajaan Negeri Tak Akan Teruskan Pemberian Lesen Penternakan Babi - MB Selangor
Kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak pada masa hadapan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan mengenai perkara itu selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersidang.
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata kerajaan negeri menjunjung titah terbaharu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan tidak memperkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri Selangor.
"Sejak bulan Januari, kerajaan negeri telah memberhentikan pengeluaran lesen penternakan babi dan memfokuskan kepada pengosongan tapak ladang yang sedia ada di Tanjong Sepat, menjiwai titah Tuanku Sultan Selangor yang dizahirkan Baginda pada bulan lal.
"Dalam menjunjung kasih titah terbaharu Tuanku Sultan Selangor, melangkah ke hadapan, kerajaan negeri tidak akan meneruskan pemberian lesen penternakan babi kepada mana-mana pihak di negeri Selangor," katanya.
Menurutnya lagi, ladang penternakan yang beroperasi sebelum ini akan ditutup dengan kadar lebih pantas secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Veterinar Negeri Selangor.
"Setakat ini, 70 peratus daripada keperluan masyarakat bukan Islam bagi daging babi bersumberkan import dari negeri-negeri lain dan selepas keputusan MMKN, keseluruhan keperluan tempatan akan diimport sepenuhnya oleh industri terbabit.
"Sebarang pengeluaran dan kelulusan lesen import akan dirujuk kepada Kerajaan Persekutuan selaras dengan bidang kuasa pemberian lesen," katanya.
Amirudin berkata keputusan ini diambil bagi menjaga sensitiviti masyarakat yang khuatir terhadap impak ladang penternakan tersebut kepada alam sekitar termasuk saliran air dan pencemaran bau.
"Dengan keputusan ini, sebarang polemik berkaitan isu babi harus dihentikan dan tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak yang mungkin bertujuan menggugat keharmonian dan menimbulkan perasaan syak wasangka di antara masyarakat negeri Selangor yang berbilang kaum dan agama," ujarnya lagi.