Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penternakan babi kuala langat
Gambar: BERNAMA

Sultan Selangor Dukacita, Tidak Setuju Penternakan Babi Berskala Besar Di Kuala Langat

Hannah

Sultan Selangor Dukacita, Tidak Setuju Penternakan Babi Berskala Besar Di Kuala Langat

SHAH ALAM, 10 Jan (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Menurut kenyataan Istana Alam Shah, baginda memandang serius keputusan tersebut, khususnya kerana ia berpotensi melibatkan pembangunan penternakan babi secara berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar.

Kenyataan itu memaklumkan, secara prinsipnya, baginda akur dengan kewujudan penternakan babi dalam skala kecil dan terkawal untuk memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat Cina dan bukan Islam di Selangor.

“Namun, perancangan berskala besar adalah tidak wajar, tidak sensitif, dan tidak seimbang dengan realiti demografi serta keharmonian masyarakat Selangor, yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam,” menurut kenyataan itu.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan memandangkan kawasan Kuala Langat didiami ramai penduduk Melayu, selain masalah berkaitan penternakan babi di kawasan itu yang masih belum diselesaikan sepenuhnya sejak 2010.

Baginda bertitah bahawa penduduk setempat telah lama menanggung kesan negatif termasuk pencemaran bau, air sungai serta masalah lalat yang berlarutan sehingga menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan awam.

Dalam kenyataan sama, baginda turut memetik Surah Al-An’aam ayat 145 yang menyebut bahawa daging babi adalah najis dan kotor, sebagai penegasan terhadap sensitiviti umat Islam berhubung perkara berkenaan.

Sultan Sharafuddin turut menekankan bahawa Istana Pantai Bahagia, kediaman baginda, terletak di kawasan Kuala Langat dan baginda sendiri merasai serta menyaksikan secara langsung kesan pencemaran bau daripada aktiviti penternakan babi di kawasan itu.

Sehubungan itu, Sultan Selangor berpandangan adalah tidak munasabah untuk isu yang telah berlarutan lebih sedekad dibiarkan berulang semula dalam skala yang lebih besar.

Baginda mengusulkan agar wakil rakyat di negeri ini, tinggal dan menetap berhampiran kawasan penternakan babi khususnya di Kuala Langat, bagi merasai sendiri pengalaman sebenar yang terpaksa ditanggung oleh penduduk setempat.

“Atas sebab itu juga, baginda tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan kawasan Kuala Langat sebagai lokasi sementara penternakan babi sebelum berpindah ke Bukit Tagar kerana bimbang masalah pencemaran yang telah berlarutan di kawasan itu sejak 16 tahun lalu akan menjadi lebih buruk.

“Justeru, baginda mempersoalkan dengan serius sama ada perancangan projek penternakan babi berskala besar ini ada melibatkan kepentingan kelompok ahli politik dan ahli perniagaan tertentu, serta menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya unsur rasuah, konflik kepentingan atau ketirisan tadbir urus dalam proses perancangan dan kelulusan projek berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sultan Sharafuddin turut mengimbas kembali usaha Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini yang menghantar wakil ke luar negara bagi mendapatkan maklumat berkaitan penternakan babi moden, namun kos pemodenan yang tinggi dilaporkan tidak mampu ditanggung oleh pengusaha ternakan.

Oleh itu, baginda mempersoalkan sama ada cadangan terbaharu itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, sedangkan peruntukan berkenaan lebih wajar disalurkan kepada pembangunan kemudahan asas rakyat seperti sekolah dan hospital.

Walaupun tidak menolak sepenuhnya cadangan projek tersebut, baginda menegaskan bahawa kajian pasaran perlu dibuat secara teliti dan rasional sebelum sebarang keputusan muktamad diambil, agar pembangunan ekonomi tidak mengorbankan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor.

“Kerajaan Negeri hendaklah bertindak dengan amanah, telus dan bertanggungjawab, serta mengutamakan kepentingan rakyat melebihi segala kepentingan lain,” menurut kenyataan Istana Alam Shah.

Sumber: BERNAMA