Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketika Selangor Datang Ke Indonesia, Yang Dicari Bukan Saya – Bambang Pamungkas
Bekas pemain import Selangor, Bambang Pamungkas mendedahkan bahawa dirinya bukanlah pemain yang dinginkan oleh Selangor pada awalnya sebaliknya Kurniayan Dwi Yulianto, rakan sepasukannya di Persija Jakarta, lapor Stadium Astro
Bagaimanapun, jurulatih dari kelab Indonesia itu, Haji Santoso tidak mahu tonggak berbisanya hilang ‘dikebas’ The Red Giants ketika itu.
Kata Bambang dalam satu temu bual, berikutan itu Haji Santoso mengarahkan dirinya dan Elie Aiboy berkelana Malaysia bagi memperkuat barisan serangan Selangor.
“Ketika Selangor datang ke Indonesia, yang dicari bukan Bambang Pamungkas, Kurniayan Dwi Yulianto. Yang mahu dibawa ke sana (Malaysia).
“Mereka mahu penyerang terbaik di sini. Yang diketahui waktu itu Kurniawan.
“Haji Santoso mengarahkan saya kerana dia tidak mahu kehilangan penyerang terbaiknya dan mereka (Selangor) setuju saranan Haji Santo.
“Akhirnya sesuai buat saya. ‘Saya mahu mengambil seorang pemain asing bersama-sama kamu di Persija yang dari Afrika (Selatan)’, tambahnya mengenai hasrat Selangor membawa seorang lagi pemain dari Persija.
“Saya bertanya siapa? kerana waktu itu tiada pemain asing di Persija dari Afrika. Mereka kata ‘pemain sayap’ Oh itu Indonesia (Elie Aiboy)!.” katanya dalam satu podcast yang tular.
Untuk makluman, sepanjang bersama Selangor pemain asal Indonesia itu berjaya merangkul gelaran juara Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan juara Piala Sultan Selangor pada 2005 hingga 2007.
Sumber: Stadium Astro